Bayi mungkin akan susah untuk dilahirkan jika pelvik seseorang wanita mengandung bermasalah. Bagaimanapun, bukan semua wanita hamil menghadapi masalah pelvik, hanya segelintir sahaja yang mengalaminya iaitu:
1. Ketinggian kurang daripada 145 sentimeter.
2. Mengandung bagi kali kedua dan untuk kandungan pertama ia dilakukan secara pembedahan.
3. Kandungan songsang.
PELVIK TIDAK NORMAL. Pelvik berkemungkinan besar mengalami keadaan tidak normal. Antaranya disebabkan oleh:
1. Penyakit pada tulang seperti tubercolosis atau osteomyelitis (jangkitan kuman pada tulang)
2. Trauma iaitu wanita yang mempunyai sejarah patah tulang pelvik sebelum ini.
PELVIK YANG LEMAH SERING MEMBAWA MASALAH KEPADA WANITA HAMIL. Contohnya, air kencing mungkin terkeluar sedikit apabila berlari, bersin batuk mahupun ketawa. Pelvik perlu kuat bagi mengatasi masalah ini.
PELVIK merupakan susunan otot yang menyokong usus, pundi kencing dan rahim sewaktu seseorang wanita hamil. Sewaktu kehamilan, otot ini menjadi lembut dan mudah meregang. Sementara itu, berat bayi dalam kandungan akan menekan otot pelvik ini ke bawah. Kesemua tekanan ini akan melemahkan otot tersebut.
Hal ini akan menyebabkan anda berasa kurang selesa dan terasa bahagian punggung agak berat. Pelvik yang lemah sering membawa masalah kepada wanita hamil. Contohnya, air kencing mungkin terkeluar sedikit apabila berlari, bersin, batuk mahupun ketawa. Pelvik perlu kuat bagi mengatasi masalah ini.
Sementara itu, lantai pelvik pula adalah sebahagian otot yang membentuk bahagian pelvik. Ia adalah kawasan bertulang yang menyokong dan melindungi bayi di dalam rahim. Bayi perlu melalui bahagian ini apabila proses melahirkan berlangsung.
FUNGSI PELVIK
1. Memindahkan berat pada tulang axial kepada bahagian bawah badan sewaktu seseorang wanita hamil sedang dalam keadaan berdiri mahu pun kepada kawasan umbi (ischial tuberrosities) ketika sedang duduk.
2. Memudahkan cara bagi pelbagai otot yang tersisip pada bahagian bawah badan di samping memudahkan pengawalan ke atas bahagian bawah badan setiap wanita hamil.
3. Ia sebagai pelindung dan pengawal kepada bahagian pencernaan, perkumuhan dan sistem reproduktif wanita dan lelaki.
JENIS-JENIS PELVIK
Kawasan pelvik yang perlu dilalui oleh bayi sewaktu proses berlangsung terbahagi kepada empat jenis iaitu android, anthropid dan platypelloid.
Gynecoid (Lebih kurang 50 peratus wanita hamil mempunyai pelvik begini.) Bagi wanita hamil yang memiliki pelvik jenis ini, mudahlah baginya untuk melahirkan anak. Bagaimanapun, ia bergantung pada kedudukan bayi sewaktu proses melahirkan sedang berlangsung. Diameter (ukuran) bagi pelvik jenis ini memudahkan seseorang bayi melaluinya. Bahagian inletnya melintang dan agak tenggelam. Ia kelihatan seolah-olah bulat.
Android (Lebih kurang 20 peratus wanita hamil memiliki pelvik begini.) Pelvik jenis ini pula ialah pelvik jenis lelaki. Lazimnya kurang sesuai untuk sesebuah kelahiran. Namun, ia bergantung pada kedudukan bayi.
Anthropoid (Lebih kurang 25 peratus wanita hamil memiliki pelvik begini.) Pelvik jenis ini kelihatan sempit dari satu sisi ke sisi yang lain. Namun begitu, ia masih sesuai untuk sesuatu kelahiran berlangsung. Proses kelahiran bagaimanapun akan mengalami masalah pada setiap tahap. Bentuk pelvik ialah trangular.
Platypelloid (Lebih kurang 5 peratus wanita hamil memiliki pelvik begini.) Pelvik jenis ini pula kelihatan sempit dari depan ke bahagian belakang. Ia berbentuk seperti buah pinggang. Lazimnya tidak begitu sesuai untuk sesuatu proses kelahiran. Namun, ia masih bergantung pada kedudukan bayi ketika itu.
PENILAIAN SAIZ PELVIK
Ada dua cara yang lazim digunakan oleh pakar obstetrik dan ginekologi sewaktu mereka melakukan penilaian ke atas saiz pelvik. Pertama ia adalah secara klinikal dan kedua secara X-Ray.
1. Klinikal (Clinical pelvimentry-vaginal examintion) Penilaian saiz pelvik secara klinikal sering digunakan oleh doktor. Lazimnya dilakukan pada minggu 38 atau 39. Doktor akan menggunakan tangan mereka untuk mengukur saiz pelvik. Caranya doktor akan memasukkan dua jarinya (jari telunjuk dan jari hantu) untuk mengukur saiz pelvik. Ketika doktor memasukkan jarinya sesetengah wanita hamil berasa tidak selesa dan sedikit mencucuk.
2. Pemeriksaan sinar x (x-ray erect lateral pelvimentry) Pemeriksaan x-ray dilakukan untuk menilai diameter bagi antero-posterior iaitu bagi kawasan inlet, mid cavity dan outlet. Ia mestilah berukuran 10.5 sm atau lebih.
Artikel Berkaitan

Bolehkah Ibu Hamil Makan Makanan Berl...
Wanita hamil mesti menjaga pengambilan makanannya sebaik mungkin supaya kesihatannya dan bayi sentiasa optimal. Namun, fasa mengidam mungkin membuatkan ibu teringin makan jenis makanan yang berlemak seperti daging kambing, ikan, pizza, dan sebagainya. Bolehkah ibu makan makanan berlemak waktu hamil? Ibu hamil mesti mengambil pelbagai makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, gandum, protein dan makanan yang mengandungi asid lemak untuk menyokong perkembangan bayinya. Adakah makanan berlemak tidak baik untuk dimakan waktu hamil? Sebenarnya tak salah pun ibu hamil makan…

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Rangsa...
Pada minggu ke-19, berat badan ibu semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan bayi. Saiz perut ibu yang semakin membesar juga boleh menyebabkan mudah rasa pedih ulu hati. Ibu juga akan mula merasa tendangan pertama bayi dalam perut. Jangan terkejut kerana lama-kelamaan ibu akan seronok merasai nikmat tendangan dan pergerakan si kecil.…

Bolehkah Ibu Hamil Lakukan Apa Yang D...
Trimester kedua adalah waktu paling stabil ketika hamil. Anda semakin sihat, meskipun masih ada ketidakselesaan yang kecil namun rata-rata wanita hamil rasa bersemangat dan aktif. Jangan berlebihan dalam apa jua perkara kerana anda sedang hamil. Ada aktiviti yang perlu difikirkan beberapa kali sebelum melakukannnya dan ada aktiviti yang perlu dijauhi ketika ini. Beberapa aktiviti yang digalakkan atau tidak digalakkan untuk dilakukan oleh wanita hamil. * Mengangkat barang berat Tidak kira sama ada mengalihkan sebuah kotak, mengangkat beg membeli belah atau…