Perjalanan ibu hamil menjadi semakin indah bila memasuki usia 25 minggu. Ketika ini banyak perubahan yang bakal berlaku pada diri anda. Emosi makin stabil kerana perjalanan darah yang semakin lancar.

Bukan itu sahaja, paling menarik pada minggu ini anda juga kelihatan lebih berseri-seri dari biasa. Muka semakin bercahaya malah kulit muka juga tidak mengalami sebarang masalah. Cantik sempurna.

Semuanya kerana adanya peningkatan dalam peredaran darah di bawah kulit bakal ibu. Darah berjalan lebih lancar ke seluruh tubuh.

Proses kerap ke tandas adalah perkara biasa. Tekanan pada punci kencing menjadi punca mengapa anda sering ke tandas. Laluinya dengan tenang. Jika keluar bersiar-siar pastikan anda pilih kawasan yang lengkap dengan kemudahan supaya membantu anda ke tandas dengan selesa.

Bakal ibu juga tidak terlepas mengalami masalah kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati pada minggu-minggu ini. Malah ia semakin kerap berlaku. Laluinya dengan tenang dan dapatkan rehat yang mencukupi untuk meredakan masalah ini.