Bila waktu paling sesuai untuk membuat ujian kehamilan? Bagi anda yang sedang menunggu berita hamil tentunya tidak sabar untuk membuat ujian kehamilan sendiri di rumah. Bilakah ujian ini memberikan jawapan yang lebih tepat?
Ketika hamil, tubuh seorang wanita biasanya akan menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (HCG). Hormon inilah yang dikesan dan diperiksa kadarnya pada alat penguji kehamilan.
Waktu terbaik untuk melakukan ujian ini ialah sehingga sampai haid seterusnya tiba. Jika sudah melebihi jadual haid, tapi ia belum kunjung tiba ia adalah waktu tepat ujian ini dilakukan. Maka segera lakukan ujian kehamilan untuk mengetahui hasilnya.
Namun jika enggan menunggu, anda boleh melakukan ujian kehamilan setelah seminggu hubungan intim. Ini kerana apabila hamil tubuh memerlukan waktu untuk meningkatkan kadar HCG yang biasanya memakan waktu selama 7 hingga 12 hari setelah persenyawaan terjadi.
Kebanyakannya menyarankan ujian kehamilan dilakukan pada sebelah pagi dengan alasan air kencing pada waktu pagi hari mengandungi hormon HCG yang tinggi. Semakin tinggi kadar HCG maka semakin lebih tepat keputusan.
TIDAK SEMESTINYA PADA WAKTU PAGI SAHAJA
Namun ia tidak bererti ujian kehamilan sendiri hanya boleh dilakukan pada pagi hari sahaja. Memang, pada pagi hari setelah bangun tidur biasanya Anda belum minum apapun dan tidak buang air kecil selama beberapa jam sehingga konsentrasi urin akan menjadi lebih tinggi.
Akan tetapi sebenarnya, anda masih boleh untuk melakukannya di lain waktu. Kadar hormon HCG pada tubuh ibu akan tinggi sepanjang kehamilan. Tiada halangan untuk anda melakukan ujian pada bila-bila masa sahaja!
Artikel Berkaitan

Teringin Nak Makan Sesuatu Sama Macam...
Nafsu makan anda lebih daripada biasa. Adakalanya tanpa disedari anda berkeinginan untuk memakan sesuatu yang spesifik. Sama seperti ketika haid, perubahan selera makan ini disebabkan oleh pertambahan sesetengah jenis hormon selepas kehamilan. Pernahkah anda mengalami perubahan selera makan sebelum haid? Keadaan semasa awal kehamilan juga lebih kurang sama cuma kalau hamil ibu akan berubah untuk memakan sesetengah akanan secara tepat. Misalnya, tiba-tiba ingin minum jus jambu merah, nangka madu atau kurma daging. Padahal, anda tidak pernah makan atau tidak menyukainya.…

Lelehan Miss V Tiba-Tiba Muncul, Adak...
Ada juga ibu yang mengalami keluarga lelehan vagina pada awal kehamilan. Ia dipanggil leukorrhea iaitu sejenis cairan berwarna putih. Sekiranya ia didapati pada ibu pada sekitar tarikh melepasi kitaran haid, ia kemungkinan tanda kehamilan. Bagaimana pun lelehan ini juga turut dialami oleh wanita yang tidak hamil. Keadaan ini juga selalunya akan berlanjutan sepanjang kehamilan. Cairan keputihan ini biasanya cenderung keluar dalam kuantiti banyak pada trimester akhir kehamilan. Meski begitu, tidak semua wanita hamil akan mengalami keputihan. Ada beberapa ibu hamil…

Jantina Bayi Ditentukan Seawal Minggu...
Tahukah anda jantina anak anda boleh ditentukan pada waktu ini? Tetapi anda tidak akan mengetahuinya sehinggalah kehamilan mencapai 18 hingga 20 minggu. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana perkara ini berlaku. Biar kami jelaskan sekarang. Setiap orang mempunyai 46 kromosom yang membentuk material genetik anda. Daripada 46 kromosom terdapat 2 kromosom yang menentukan jantina anda, yang dipanggil seks kromosom. Satu kromosom datang daripada sperma dan satu lagi daripada ovum. Ovum hanya mempunyai 1 jenis kromosom, dipanggil kromosom X sementara sperma boleh membawa…