Memasuki minggu ke 31 menjadikan anda semakin tidak selesa. Semakin membesar bayi dalam perut, rasa kurang selesa mulai bertambah. Bukan itu sahaja, hormon anda juga mungkin akan berubah.
Pada minggu-minggu ini, antara rasa tidak selesa yang bakal anda alami adalah seperti berikut:
1. Bayi pada usia kandungan 31 minggu sudah semakin membesar. Bentuk sebegini akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas kerana bayi mulai menghimpit jantung dan paru-paru. Begitu juga pada buah pinggang dan pangkal rahim.
Setiap pergerakan bayi sama ada mengeras, menendang atau menggerakkan tangan serta siku akan menyebabkan anda berasa kurang selesa. Misalnya, anda akan kerap kencing atau terkencing apabila batuk dan mungkin juga rasa sengal dan geli pada pangkal rahim apabila anak mula mengeraskan badannya.
2. Semakin hampir waktu kelahiran, semakin besar buah dada. Perubahan saiz ini adalah akibat perubahan hormon yang membantu mengeluarkan susu badan mulai bertambah. Anda perlukan baju dalam yang agak besar. Saiz buah dada ini akan kembali normal atau mengecil sedikit setelah melahirkan anak.
Sebagai panduan, anda digalakkan menukar saiz coli agar lebih selesa dan sesuai dengan saiz sekarang terutama pada bahagian mangkuknya. Coli yang diperbuat daripada kain kapas atau campuran kapas adalah pilihan terbaik kerana kain kapas memberi ruang udara untuk masuk dan keluar. Elakkan memakai coli yang ketat dan menyukarkan untuk bernafas!
Artikel Berkaitan