Ibu hamil mesti mendapat khasiat makanan yang cukup pada trimester kedua seperti berikut.
1. Vitamin D
Vitamin D diperlukan ibu pada kehamilan trimester kedua untuk membantu membentuk tulang dan gigi bayi yang sedang membesar. Keperluan vitamin D yang disarankan sepanjang kehamilan trimester kedua adalah 15 mcg sehari.
Sebenarnya badan dapat menhasilkan vitamin D sendiri dari sinaran matahari. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan anda untuk berjemur di bawah sinaran matahari sekurang-kurangnya 5 hingga 15 minit untuk dua hingga tiga kali seminggu tanpa menggunakan pelindung suria untuk mencukupkan keperluan vitamin D badan. .
Selain dari matahari, ibu hamil juga boleh mendapatkan tambahan vitamin D dari sumber makanan berikut:
Ikan salmon
Keju
Kuning telur
Suplemen hamil yang mengandung vitamin D
2. Asid lemak omega-3
Ibu hamil disarankan mengambil makanan yang mengandungi asid lemak esensial omega-3.
Asid lemak omega-3 berfungsi menyokong perkembangan jantung, otak, mata, sistem kekebalan tubuh, dan sistem saraf pusat bayi dalam kandungan.
Asid lemak omega-3 juga dapat mencegah kelahiran pramatang, menurunkan risiko praeklampsia, dan mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin.
Antara makanan tinggi asid lemak omega-3 adalah seperti berikut:
Ikan berlemak, seperti salmon yang dimasak sempurna.
Bijirin
Telur
Minyak canola dan minyak flaxseed
Buah avocado
3. Air
Ibu hamil memerlukan banyak pengambilan cecair terutama pada kehamilan trimester kedua. Air yang diminum dapat membentuk butuh asupan cairan lebih banyak, tak terkecuali di kehamilan trimester 2 ini. Air yang dikonsumsi ibu hamil membantu pembentukan plasenta dan kantung ketuban di dalam rahim.
Mengalami dehidrasi waktu hamil akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan salur saraf dan penurunan penghaslan susu ibu.
Ibu yang sedang hamil mesti minum sekurang-kkurangnya 8 hingga 12 gelas air sehari untuk mengelakkan dehidrasi dan komplikasinya.
Artikel Berkaitan

Masalah Kesihatan Yang Bakal Ibu Akan...
Masuk sahaja minggu ke-21 kehamilan, ibu-ibu mula berhadapan dengan beberapa masalah kesihatan. Antara yang sering mengganggu ialah masalah pedih ulu hati, insomnia, ruam, bengkak-bengkak pada bahagian tertentu badan dan keletihan. Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan…

Pedih Ulu Hati, Insomnia, Ruam Dan Be...
Rasa sakit dan tidak selesa ketika hamil adalah perkara biasa. Semua itu terjadi akibat perubahan hormone. Tetapi ibu perlulah ambil berat terhadap beberapa simptomnya. Masuk sahaja minggu 21 kehamilan, ibu-ibu mula berhadapan dengan beberapa masalah kesihatan. Antara yang sering mengganggu ialah masalah pedih ulu hati, insomnia, ruam, bengkak-bengkak pada bahagian tertentu badan dan keletihan. PEDIH ULU HATI : Ibu hamil yang berhadapan dengan masalah pedih ulu hati akan rasa sakit kuat pada bahagian tengah dada. Masalah ini semakin kerap…

Persiapan Menyusukan Bayi- Apa Yang M...
Meskipun masih beberapa bulan sebelum anda bersalin, payudara sudah mula menghasilkan susu ibu. Seawal minggu ke-21 mungkin saluran susu pada payudara tersumbat dan menimbulkan gejala berupa benjolan keras, kemerahan, dan lembut ketika dada disentuh. Jangan risau kerana ia perkara normal yang berlaku di awal kehamilan terutama apabila usia kandungan sudah masuk enam bulan dan selepas kehamilan berakhir. Gunakan tuala hangat dan urut lembut payudara untuk melancarkan saluran susu. Pakar perubatan menyarankan ibu hamil mengelakkan daripada memakai bra berdawai bagi mengurangkan…