Ketika kandungan memasuki minggu ke 30, anda tidak digalakkan berjalan jauh terutama jika perjalanan itu mengambil masa berjam-jam untuk sampai dan jalan yang digunakan tidak rata.
Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, maka sebaik-baiknya anda membuat perancangan untuk memulakan perjalanan. Banyak perkara yang perlu disediakan sebelum memulakan perjalanan anda.
Namun sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda meneliti beberapa perkara seperti di bawah:
Guna Kereta
1. Perjalanan menggunakan kereta adalah yang terbaik untuk anda kerana anda boleh berhenti di mana saja dan pada bila-bila masa. Tidak sama ada di tepi jalan atau di kawasan rehat lebuh raya, anda perlu berehat dan berjalan seketika supaya darah tidak membeku apabila berada terlalu lama di dalam kenderaan.
Hal ini kerana ibu hamil mempunyai komposisi darah yang berlainan berbanding sewaktu hamil dan boleh mengakibatkan pembekuan darah dalam saluran vena. Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya darah beku ini menyumbat saluran paru-paru dan mengurangkan paras oksigen dalam badan sehingga membahayakan nyawa ibu, secara tidak langsung janin dalam kandungan.
Elak Kenderaan Awam
2. Kenderaan awam seboleh-bolehnya dielakkan, khususnya bas dan kereta api. Hal ini kerana, tempat duduk di dalamnya agak sempit. Jadi, anda tidak boleh bergerak secara bebas. Kaki juga sentiasa terjuntai dan tidak dapat diluruskan.
Keadaan ini bertambah kurang selesa apabila kebanyakan bas hanya berhenti sekali sahaja dalam sepanjang perjalanan untuk makan dan berehat. Jumlah ini tidak mencukupi untuk ibu hamil khususnya di minggu ke-30. Jadi, jika boleh elakkan menggunakan kenderaan awam untuk sebarang perjalanan yang jauh.
Artikel Berkaitan

Elak Naik Pesawat Di Hujung Kehamilan...
Memilih untuk travel dengan menaiki kapal terbang di saat akhir kehamilan bukanlah satu tindakan yang wajar dilakukan. Ketika kandungan memasuki minggu ke 30, anda tidak digalakkan berjalan jauh terutama jika perjalanan itu mengambil masa berjam-jam untuk sampai. Malah penerbangan yang panjang dan terlalu lama juga boleh memudaratkan ibu hamil. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, maka sebaik-baiknya anda membuat perancangan dan memulakan perjalanan pada trimester kedua sahaja berbanding dihujung kehamilan. Menaiki pesawat ke destinasi pilihan ketika usia kandungan melebihi…

Bantu Tidur Lebih Nyenyak, 4 Tip Buat...
Diam tak diam anda sudahpun memasuki minggu ke 30 dengan jayanya. Bagi bakal ibu yang mengalami pelbagai masalah seperti sembelit dan sebagainya, ada baiknya anda gandakan aktiviti di siang hari supaya membantu proses pembuangan dengan jayanya. Pada minggu ke 30 juga, anda akan cepat merasa letih kerana keadaan perut yang semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan mudah merasa lelah. Kawal jalan yang lebih tepat. Jalan perlahan tidak mengapa, asalkan anda tidak cepat keletihan sepanjang hari. Dalam minggu-minggu ini,…

Tekanan Pada Perut Makin Kuat, Atasi ...
Sakit belakang khususnya pada bahagian pinggang adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada ibu hamil yang memasuki trimester ke tiga kehamilan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligamen atau otot yang mengikat tulang dan sendi. Ia turut terjadi akibat posisi yang kurang baik akibat perut yang semakin membesar. Biasanya, sakit ini tidak ada ubatnya. Dan masalah ini akan berakhir selepas bersalin. Panduan Kurangkan Sakit Belakang a. Jangan berdiri terlalu lama. Jika anda tidak dapat mengelakkan perkara ini, pastikan anda mempunyai masa…