Ada sesetengah ibu hamil mempunyai masalah tiada selera makan. Sudah tentu ia tidak boleh dibiarkan kerana nutrisi makanan ibu penting untuk membekalkan khasiat kepada bayi dalam kandungan untuk membesar.
Biasanya masalah tiada selera makan dihadapi oleh ibu yang mengalami mual dan muntah teruk pada trimester awal kehamilan akibat perubahan hormon dalam badan.
Sekiranya ada yang berhadapan masalah ini anda boleh pilih jenis makanan berikut yang tetap dapat membekalkan tenaga dan khasiat kepada diri sendiri dan bayi dalam kandungan.
Yogurt
Buah-buahan seperti pisang, epal, jambu, limau, tembikai, tomato, mangga, avocado dan lain-lain lagi.
Pelbagai jenis sup seperti sup ayam, sup ikan, sup cendawan, sup asparagus, sup kacang merah, dan lain-lain lagi.
Sayur-sayuran seperti brokoli, sawi, bayam, kangkung dan lain-lain.
Makanan manis seperti kuih, aiskrim atau puding.
Paling penting cuba pelbagai jenis makanan yang anda rasa teringin dan berselera dan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Bagaimanapun ibu digalakkan mengelakkan makanan yang berempah, pedas dan berminyak yang lebih mudah menyebabkan rasa loya dan mual selain terus mengurangkan selera makan.
Lebihkan pengambilan buah-buahan selain sumber makanan karbohidrat dan protein yang dapat membekalkan tenaga..
Artikel Berkaitan

Rehat Penting Untuk Ibu Hamil. Jom Te...
Tenang ketika berhadapan dengan masalah sangat penting. Oleh itu, lengkapkan diri dengan ilmu merehatkan badan. KETIKA hamil sangat penting untuk seseorang ibu itu sentiasa rasa tenang sama ada pada mental mahupun fizikal. Mengetahui cara untuk bertenang ada banyak kebaikannya terutama semasa berhadapan dengan proses kelahiran. REHAT UNTUK FIZIKAL Mulakan dengan membuatkan diri rasa selesa dan pastikan seluruh tubuh anda turut serta rasai keselesaan itu. Kemudian tumpukan perhatian anda pada satu-satu bahagian badan. Bermula dengan ibu jari kaki hinggalah…

Kenapa Tidur Mengiring Baik Untuk Ibu...
Kedudukan tidur sepanjang hamil juga memberi kesan pada kesihatan bakal ibu. Tidur meniarap , terlentang atau mengiring ke kanan dikatakan kurang bagus untuk ibu hamil. Ramai pakar perubatan menyarankan mereka tidur mengiring ke sebelah kiri. Tidur mengiring ke sebelah kanan boleh menekan pembuluh vena cava inferior (IVC) yang berada di sebelah kanan tulang belakang. Pembuluh vena cava inferior bertanggung jawab untuk mengalirkan darah dari kaki kembali ke jantung. IVC yang tertekan membuat darah tidak boleh mengalir lancar sehingga…