Secara semula jadi, jika anda mempunyai ahli keluarga kembar atau anda sendiri yang lahir kembar mungkin anda boleh mendapat anak kembar. Akan tetapi, faktor ini bukanlah satu-satunya sebab untuk anda hamilkan bayi kembar. Banyak lagi faktor lain yang boleh menjadi penyumbang kepada kehamilan unik ini. Dua faktor utamanya ialah faktor bantuan perubatan moden dan ketentuan Tuhan.
Dewasa ini mempunyai bayi kembar terutama lebih daripada dua, bukan lagi merupakan perkara yang aneh. Bayi kembar boleh diperoleh secara normal ataupun melalui bantuan teknologi perubatan reproduksi seperti menggunakan kaedah in verto fertilization (IVF).
Umumnya, kembar boleh dibahagi kepada dua jenis. Pertamanya dikenali sebagai monozygotic dan yang keduanya ialah dizygotic. Monozygotic atau kembar seiras berlaku hasil daripada cantuman satu ovum dengan satu sperma.
Telur yang disenyawakan ini terbahagi kepada dua. Kemudian, membentuk dua zigot yang serupa kandungan genetiknya dan berada dalam satu uri.
Kembar Seiras Dan Tak Seiras
Kembar seiras bukan sahaja sama dari segi rupa bahkan jantinanya. Sedangkan kembar tidak seiras selalunya tidak sama jantina. Kembar seiras bolehlah dianggap sebagai klon antara satu sama lain. Prinsip ini adalah sama terhadap kembar tiga, empat dan seterusnya.
Manakala dizygotic atau kembar tidak seiras terjadi apabila dua ovum bercantum dengan dua sperma secara berasingan. Kemudian menghasilkan dua zigot yang berbeza kandungan genetiknya dan tidak berada dalam uri yang sama. Oleh yang demikian, bayi kembar ini boleh jadi sama jantinanya ataupun berlainan jantina.
Artikel Berkaitan

Bayi Mula Bagi Hint Dengan Gerakan Pe...
Apabila usia kehamilan memasuki 4 bulan atau sekitar 17-20 minggu, biasanya anda akan kembali bertenaga dan sudah mula rasa pergerakan perlahan bayi. Keterujaan dapat rasa pergerakan bayi dalam rahim adalah satu momen yang akan mengembirakan anak. Walaupun ada sesetengah wanita hamil lambat rasa pergerakan ini, anda tak perlu bimbang. Pergerakan janin dalam rahim dipanggil quickening. Setiap ibu mempunyai masa yang berlainan untuk merasakan pergerakan ini. Bagi anda yang pertama kali hamil, pergerakan bayi boleh dirasakan pada usia 5 bulan. Walau…

Ujian Ultrasound Boleh Kesan Kecacata...
Ketika kandungan berusia sekitar 16 hingga 20 minggu, ultrasound biasanya akan dilakukan. Inilah saat yang paling menyeronokkan bagi si ibu kerana buat pertama kali mereka berpeluang untuk melihat sendiri bayi yang dikandungnya itu. Yang menariknya tentang ujian ultrasound ini ialah anda boleh tahu banyak perkara tentang bayi anda. Antaranya ialah jantina anak. Walau bagaimanapun kadang kala jangkaan ini tidak tepat kerana semuanya bergantung pada posisi bayi ketika itu. Anda juga boleh tahu umur bayi dan jangkaan tarikh bersalin selain daripada…

Hamil bukan bererti anda tidak boleh melakukan hubungan kelamin. Malah hubungan ini perlu diteruskan walaupun berbadan dua kerana dipercayai kekerapan melakukannya boleh membantu memudahkan proses kelahiran. Sebenarnya rasa tidak selesa untuk melakukan hubungan kelamin ketika hamil adalah lumrah bagi kebanyakan wanita. Kesemua ini adalah akibat perubahan pelbagai hormon, emosi dan sistem dalam badan ekoran daripada proses kehamilan. Walau bagaimanapun, wanita perlu tahu bahawa hubungan kelamin adalah untuk kenikmatan bersama. Oleh yang demikian, tidak ada pihak yang patut rasa terpaksa ataupun…