Nafsu makan anda lebih daripada biasa. Adakalanya tanpa disedari anda berkeinginan untuk memakan sesuatu yang spesifik. Sama seperti ketika haid, perubahan selera makan ini disebabkan oleh pertambahan sesetengah jenis hormon selepas kehamilan.

Pernahkah anda mengalami perubahan selera makan sebelum haid? Keadaan semasa awal kehamilan juga lebih kurang sama cuma kalau hamil ibu akan berubah untuk memakan sesetengah akanan secara tepat. Misalnya, tiba-tiba ingin minum jus jambu merah, nangka madu atau kurma daging. Padahal, anda tidak pernah makan atau tidak menyukainya. Selain itu, anda merasa tidak boleh menunggu lama. Keinginan itu perlu dipenuhi segera!

Ada pelbagai perubahan yang akan berlaku. Anda jangan terkejut apabila tidak lagi berminat dengan sajian-sajian yang pernah menjadi  favorit selama ini. Mungkin makanan kegemaran anda ialah yogurt dan nasi ayam, kini anda tidak lagi menyukai hidangan ini malah akan mual bila memikirkannya. Ada sesentengah bakal ibu tiba-tiba jadi sangat sensitif terhadap bau atau aroma tertentu. Jika ada tanda-tanda ini cepat-cepatlah buat ujian kehamilan.