Anda boleh gunakan carta ini untuk mengira tarikh jangkaan kelahiran. Apa yang anda perlukan ialah anda mesti mengingati tarikh haid terakhir anda. Sebagai rujukan, tarikh haid terakhir anda berwarna HITAM manakala tarikh jangkaan bersalin pula berwarna BIRU.

Sumber: www.stanfordchildrens.org
Contohnya, jika tarikh akhir haid anda adalah pada 10 November maka tarikh jangkaan bersalin ialah pada 17 Ogos. Namun begitu, hanya lima peratus bayi yang lahir tepat mengikut tarikh jangkaan. Yang lainnya, mungkin dilahirkan tiga minggu sebelum tarikh jangkaan ataupun lewat dua minggu daripada yang dijangka.
Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita tidak mengingati tarikh pertama haid terakhir. Sedangkan melalui tarikh tersebut, doktor dapat mengira tarikh jangkaan kelahiran bayi.
Untuk menetapkan usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin, selain pengiraan tarikh pertama haid terakhir, terdapat dua cara lain yang boleh digunakan:
1. Pemeriksaan ujian imbasan (paling tepat)
2. Pemeriksaan saiz rahim (kurang tepat)
Artikel Berkaitan

Tinggalkan Tabiat Minum Kopi, Mula Pe...
Akhirnya, penantian anda untuk hamil berhasil. Meskipun rata-rata ibu akan berasa gembira dan teruja menantikan kehadiran cahaya mata, namun bakal ibu juga tidak lari daripada berasa takut dan bimbang menghadapi momen kehamilan dan bersalin. Bagi mempersiapkan anda dengan dunia kehamilan, setiap bakal ibu perlu menyediakan senarai perlu buat untuk memastikan anda mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang betul pada setiap peringkat kehamilan. Jika anda masih keliru, berikut adalah beberapa cadangan yang boleh anda pertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam senarai perlu buat…

Ibu Kena Jaga Diri Di Tempat Kerja, B...
Sebagai seorang wanita hamil yang berkerjaya, anda masih boleh bekerja sehinggalah tarikh kelahiran bayi anda asalkan tempat kerja anda tidak melibatkan pendedahan kepada toksik dan bahan kimia ataupun tekanan yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia tidaklah semudah yang disangka. Bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran-cabaran yang bakal dihadapi, ikuti tip-tip berikut; Sebarkan berita anda hamil secepat yang mungkin Kebanyakan wanita memilih untuk merahsiakan kehamilan mereka sehinggalah permulaan trimester kedua atau lebih lama lagi. Ini kerana mereka mahu memastikan kandungan mereka terjamin…

Telur Disenyawa Mula Melekat Pada Din...
Hanya seminggu selepas persenyawaan, perkembangan janin masih di peringkat awal, jadi untuk bercakap. Pada 4 minggu mengandung tubuh ibu akan mengalami perubahan drastik untuk menempuhi kehamilan. Kemungkinan anda tidak mengalami semua simptom. Walaupun sesetengah wanita mengalami gejala-gejala awal kehamilan awal seperti Pre Menstrual Syndrome-PMS (perubahan mood, kembung dan kekejangan pada perut). Telur yang disenyawakan dikenali sebagai blastosis anda akan melekatkan diri pada lapisan rahim. Sekitar 30 peratus dari pada ibu akan mengalami pendarahan implantasi akan berlaku apabila blastosis bergerak ke…