Jangan sesekali mengangkat benda berat. Pada waktu ini, anda digalakkan untuk banyak berjalan tetapi jangan buat kerja berat. Ketika tarikh bersalin semakin hampir, anda mungkin akan kerap berasa dahaga. Banyakkan pengambilan air kosong.

Jika tidak berselera untuk makan, ambillah makanan yang kaya nutrisi dan mengenyangkan tanpa perlu dimakan banyak. Antaranya adalah oat atau roti bijirin penuh. Buatlah menu yang anda gemari dan makanlah sedikit tetapi secara kerap agar tubuh kekal bertenaga.

Ketika ini, anda akan kerap berasa sejuk pada bahagian telapak kaki. Sarungkan stoking panjang untuk melindungi kaki anda. Sandarkan tubuh pada bantal lembut ketika tidur agar lebih nyenyak dan bayi juga selesa di dalam perut anda.