Memandangkan perut semakin membesar, sebaiknya elakkan melakukan kerja berat. Pada ketika ini juga anda amat digalakkan untuk banyak berehat. Doktor akan menyarankan agar anda tidak banyak melancong pada usia kehamilan ini. Selain itu, anda juga tidak dibenarkan untuk ke luar negara menaiki kapal terbang.
Sakit pinggul adalah normal pada ketika ini. Ketika duduk, sandarkan pinggul anda pada bantal. Elakkan duduk di kawasan yang keras tanpa lapik. Untuk melegakan kelenguhan, mandilah dengan air suam. Anda juga boleh melakukan beberapa latihan pelvik untuk mengurangkan masalah lenguh pinggul.
Banyakkan pengambilan susu dan makanlah secukupnya. Biasanya selera akan berkurangan tetapi pastikan anda makan secara kerap walaupun kuantitinya sedikit bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang secukupnya.
Artikel Berkaitan

Perut Makin 'Penuh', Makan Pun Jadi T...
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. Jika anda merasa gatal pada kawasan sekitar perut, ia adalah perkara normal. Perut akan terasa seperti ‘penuh’ dan anda tidak mampu untuk menghabiskan makanan seperti dahulu. Sakit belakang semakin teruk dan mungkin mengalami masalah sembelit. Masalah keputihan semakin banyak (mungkin bercampur darah). Memandangkan bayi mulai turun, anda akan merasa kurang selesa pada…

Air Ketuban 'Pecah', Petanda Pintu Ra...
Sepanjang kehamilan, kuantiti air ketuban akan meningkat. Apabila usia bayi mencecah 34 minggu, dianggarkan bahawa air ketuban mencapai 800 ml. Kemudian jumlahnya semakin berkurangan minggu berikutnya. Apabila usia kehamilan memasuki 40 minggu, kuantiti air menurun kepada 600 ml. Air ketuban ini kebanyakannya dari air kencing bayi itu sendiri. Air ini kemudian diminum atau ditelan oleh bayi. Air kencing yang ada dalam perut bayi itu tadi masuk ke dalam pengaliran darah dan dibawa ke buah pinggang. Seterusnya mengalir masuk ke pundi…

Pakai Baju Yang Selesa, Elakkan Memak...
Elakkan daripada membeli pakaian hamil yang terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan rasa tidak selesa dan kulit gatal. Jika anda mempunyai suami yang berbadan besar daripada anda, pertimbangkan untuk meminjam kemeja mereka. Selain bergaya, ia sangat selesa dipakai ibu hamil. Fabrik yang sesuai untuk busana ibu hamil adalah material kapas dan likra. Fabrik ini boleh meregang dan sesuai dipakai sepanjang tempoh kehamilan. Kaki juga akan membengkak dan mungkin memerlukan anda membeli kasut dengan saiz yang lebih besar dari biasa. Elakkan…