Bagi pasangan yang merancang untuk hamil, mengetahui waktu suburisteri akan membantu menyingkatkan waktu. Usaha untuk hamil juga boleh disingkatkan.

APAKAH WAKTU SUBUR?
Waktu subur ialah waktu ovum dikeluarkan dari kilang telur atau ovari wanita. Proses ini dinamakan “ovulasi”. Setelah ovulasi berlaku, struktur jejari salur Fallopio dikatakan akan mengaut masuk ovum tadi ke dalam saluran supaya ovum boleh bertemu dengan sperma untuk proses persenyawaan. Ovum didapati “hidup” selama 24 jam.

Oleh itu, pasangan yang inginkan anak digalakkan mengadakan hubungan seks pada hari ovulasi berlaku. Terdapat beberapa tanda atau indirect indicator yang menentukan waktu ovulasi seseorang wanita. Di antaranya ialah:

1) Perubahan suhu basal badan (Basal Body Tempreture atau BBT)
Cara pertama ialah mencatat suhu basal badan bagi menentukan waktu subur (BBT). BBT adalah bacaan suhu badan yang diukur pada awal waktu pagi. Adalah lebih mudah membeli jangka suhu digital untuk tujuan ini.

Tambahan lagi, kebanyakan jangka suhu digital dibekalkan dengan graf yang sesuai untuk mencatatkan BBT. Jangka suhu raksa pula sukar dibaca dan bacaan yang kurang tepat akan menyukarkan kita mencari “waktu subur” pada bulan itu.

Anda boleh mula mencatatkan suhu badan pada hari pertama haid. Ukuran hendaklah dibuat sebaik sahaja anda bangun waktu pagi sebelum memberus gigi/berkumur dan sebelum sarapan.

Apabila ovulasi berlaku, suhu badan anda akan melonjak ke paras 36.70C (atau lebih daripada itu) dan tidak akan melonjak ke paras 36.70C (atau lebih dari itu) dan tidak akan turun lagi – inilah yang dikatakan sebagai “petanda waktu subur”. Inilah hari yang sesuai untuk mencuba mendapatkan bayi. Didapati bahawa hari ovulasi akan berubah-ubah dari satu bulan ke satu bulan yang lain. Oleh itu 36.70C tadi akan berubah-ubah dari satu kitaran haid ke kitaran yang seterusnya.

Catatan BBT tidak akan tepat jika wanita mengalami demam, tidak cukup tidur atau mengalami penyakit seperti thyrotoxicosis. Catatan BBT pun tidak 100 % tepat semua wanita – mungkin ada yang mengalami ovulasi tetapi suhu badan tidak melonjak naik. Terdapat wanita yang kurang subur iaitu ovulasi tidak berlaku, maka BBT akan menunjukkan suhu badan yang rendah setiap pagi. Kes-kes begini perlu dirujuk kepada pakar sakit puan yang berdekatan.

2) Pemeriksaan bendalir pangkal rahim (serviks)
Apabila wanita itu subur, bendalir serviks menyerupai putih telur yang mentah – ia dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan jernih (tanpa warna). Setelah ovulasi selesai, bendalir serviks semakin pekat, kental, berwarna keputihan dan kuantitinya berkurangan. Seseorang wanita boleh memeriksa bendalir serviks yang melekat di atas seluar dalamnya atau dari kawasan faraj masing-masing.

3) Pemeriksaan posisi pangkal rahim
Seseorang wanita boleh menyentuh serviks sendiri dengan memasukkan satu jari perlahan-lahan ke dalam faraj. Sewaktu subur, serviks dikatakan terletak tinggi di dalam faraj dan terasa lembut. Jika anda kekok ketika memeriksa serviks sendiri, jangan teruskan cara ini.