Ramai ibu hamil kerap mengalami masalah sukar tidur dan ada yang perlu mengambil ubat. Bagaimanapun ia tidak disarankan kerana berpotensi meningkatkan risiko bahaya pada bayi. Sebaiknya cuba cara berikut untuk membantu meningkatkan kualiti tidur sepanjang hamil.

 

1.Jalani Rutin Tidur Yang Baik

Cubalah rancang waktu tidur anda, dimulakan dengan membiasakan diri tidur pada waktu yang sama. Ibu boleh melakukan aktiviti lain yang dapat mencetuskan rasa mengantuk, misalnya mandi air hangat atau menikmati wangi aromaterapi. Ini dapat membantu anda meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan masalah insomnia.

2.Menyesuaikan Pola Makan

Sepanjang hamil, perut ibu akan menekan perut sehingga menyebabkan penambahan asid perut naik ke kerongkong. Anda boleh mengelakkan ia daripada berlaku dengan menghindari pengambilan  makanan masam, pedas, dan bergoreng. Selain itu, cubalah atur kuantiti makanan supaya diambil dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

Anda juga boleh amalkan makanan selingan tinggi protein seperti segelas susu sebelum tidur. Namun, elakkan pengambilan cairan setelah pukul 7 malam untuk mengelakkan kekerapan membuang air kecil yang berlebihan. Selain itu, ibu juga harus mengelakkan pengambilan kafein pada waktu malam.

3.Bergerak Aktif

Kehamilan bukanlah halangan untuk ibu bergerak aktif, kecuali doktor menasihatkan anda. Lakukan senaman ringan seperti yoga, pilates, atau latihan peregangan 30 minit sebelum tidur. Senaman ringan membantu melegakan otot-otot badan dan meningkatkan kualiti tidur ketika hamil.

4.Menyesuaikan Posisi Tidur

Ketika tidur, elakkan berbaring terlentang terlalu lama kerana posisi ini dapat memberikan tekanan pada punggung. Sebaliknya, cubalah posisi tidur berikut:

  • Mengiring ke belah kiri untuk melancarkan pengaliran darah menuju rahim dan bayi.
  • Mengiring ke sisi kiri dengan lutut dan pinggang membongkok, lalu selitkan bantal di antara kedua lutut, di bawah perut, dan di belakang punggung

Kombinasi antara rutin tidur yang baik, pola makan dan posisi tidur yang betul, serta tubuh yang bergerak aktif akan membantu anda meningkatkan kualiti tidur ketika hamil.