Ketika usia kandungan ini, anda mungkin akan mengalami kontraksi Braxton Hicks. Ketika mengalaminya, anda mungkin akan merasa ketat pada bahagian atas rahim kerana uterus mengetat dalam tempoh dua minit. Kontraksi ini boleh jadi menyakitkan ataupun sekadar ‘manja-manja’ dan masih boleh anda tahan lagi.
Tidak seperti kontraksi sebenar, rasa sakitnya akan bertambah. Braxton Hicks pula hanya datang sesekali tanpa diduga. Ia boleh tercetus kerana dehidrasi, ibu yang aktif atau aktiviti seks. Minum banyak air kosong dan berubah posisi mungkin boleh mengurangkannya.
Sediakan diri anda dan jadikan kontraksi palsu ini sebagai satu kelebihan agar anda dapat bersedia untuk melahirkan dan berlatih teknik pernafasan yang betul ketika bersalin.
Artikel Berkaitan

Jadi Pelupa Dan Asyik Sakit Kepala, I...
Pastikan anda berada di ruangan yang selesa dan luas. Pada usia kandungan begini, anda akan sering diserang sakit kepala. Bukan masalah besar, tetapi mungkin anda akan mengalami masalah sering terlupa. Sebelum melahirkan, anda mungkin akan banyak terlupa. Memandangkan tubuh sudah bersedia untuk melahirkan, anda mungkin akan mengalami kontraksi Braxton Hicks. Perut terasa mengeras dan menimbulkan rasa kurang selesa. Semasa menggosok gigi, anda mungkin akan mendapati gusi anda berdarah. Untuk menguatkan gusi, amalkan pengambilan sumber vitamin C. Minum banyak air kosong…

Normal Jika Asyik 'Terkucil', Kepala ...
Bukan semata-mata kerana hormon, tetapi posisi kepala bayi yang sudah masuk ke laluan untuk bersalin. Kelahiran yang semakin hampir dan kedudukan kepala bayi yang semakin menghimpit pintu rahim menyebabkan anda kurang kawalan terhadap pundi kencing. Ketika anda terbatuk, terbersin mahupun ketawa, ia mungkin boleh menyebabkan anda ‘terkucil’. Untuk mengatasi masalah ini, amalkan senaman kegel. Ia dapat membantu untuk menguatkan otot-otot pelvik dan mengatasi masalah terkencing. Disarankan pada waktu ini untuk anda pakai panty liner.

Buat 'Checklist' Barang Untuk Ke Hosp...
PERSEDIAAN SAMBUT KELAHIRAN Bertenanglah! Anda sekarang sudah berada di penghujung jalan. Bila-bila masa sahaja anda mungkin perlu ke hospital. Jadi buatlah persiapan secukupnya. Sebulan sebelum tarikh jangkaan kelahiran, anda perlu sudah siap dengan pelbagai persediaan termasuk persediaan mental dan barang keperluan sebelum dan selepas melahirkan. Sebelum anda menyediakan pelbagai keperluan, pastikan jumlah barang yang perlu di sediakan agar tidak terlebih bekalan. BARANG KEPERLUAN SEBELUM BERSALIN Sediakan sebuah beg yang memuatkan beberapa barang keperluan milik anda. Antaranya: Kemeja T yang longgar…