Pada minggu ini, doktor akan menetapkan tarikh temu janji lebih kerap untuk memantau kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Sesetengah doktor akan bertanyakan kepada ibu sekiranya terdapat kontraksi dan mereka akan membuat pemeriksaan bukaan servik untuk melihat sama ada ibu tersebut sudah bersedia untuk bersalin.

Jika tidak, ibu akan dibenarkan pulang tetapi diminta untuk mengira atau mengenal pasti kontraksi yang dialami. Ibu dengan masalah kencing manis atau darah tinggi akan diberikan perhatian lebih dan keadaan kesihatan mereka akan dipantau secara ketat oleh doktor.

Biasanya ibu yang hamil dengan kencing manis akan disarankan untuk bersalin lebih awal atau diberikan indius.