Bukan semua benih yang ditabur akan tumbuh subur menjadi pokok. Begitulah hakikatnya mengenai kehamilan. Dan bukan semua orang dapat memenuhi hajatnya dengan mudah.
Ramai penduduk Malaysia, malahan terdapat beberapa rakyat dari luar negara telah mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan kesuburan bagi mendapatkan anak setelah beberapa tahun mencuba untuk hamil.
1 ) In Vitro Fertilization (IVF)
Teknologi ini merupakan kaedah yang paling popular di kalangan pasangan suami isteri yang berkeinginan memiliki anak. Ini kerana kebanyakan pasangan yang menggunakan kaedah ini berjaya mendapatkan hasil yang diingini.
Dengan menggunakan kaedah ini, telur wanita diambil daripada ovari kemudian disenyawakan bersama sperma di dalam piring khas. Dalam pada itu, hanya sperma yang baik sahaja dipilih untuk menjadi embrio. Apabila langkah tersebut berjaya, embrio akan dimasukkan ke dalam rahim wanita melalui pembedahan khas.
Kebiasaannya, kaedah IVF membantu pasangan yang menghadapi masalah kesuburan. Namun begitu, kaedah ini turut terbukti berupaya menyelesaikan masalah-masalah seperti endometriosis, sperma bermasalah dan masalah kemandulan yang tidak dapat dikesan puncanya.
Kajian menunjukkan purata kejayaan untuk hamil melalui kaedah IVF adalah 25% bagi wanita muda (pertengahan 20-an), malah mungkin meningkat setinggi 40 peratus (%) atau lebih. Namun kesemua ini bergantung kepada keadaan wanita terbabit. Biasanya, kadar kehamilan mula menurun bagi wanita berumur 35 tahun ke atas. Maka, kebanyakan pasangan digalakkan bertindak segera agar usaha yang dilakukan berhasil.
Dalam pada itu, secara keseluruhannya kejayaan untuk melahirkan anak dengan menggunakan kaedah IVF adalah kira-kira 15% bagi setiap satu kitaran rawatan dan kadar ini tidak jauh bezanya dengan pasangan yang hamil normal. Salah satu kelebihan yang anda peroleh jika memilih untuk menggunakan kaedah ini ialah anda boleh menyimpan lebihan embrio untuk tempoh beberapa tahun.
Jika selepas berjaya melahirkan anak melalui kaedah ini dan bercadang untuk mempunyai anak lagi, anda bolehlah menggunakan embrio yang sedia ada. Setakat ini, Damansara Fertility Centre telah berjaya mencatatkan kejayaan sehingga 47.3% bagi kaedah kesuburan menggunakan teknologi IVF.
2) Gamate intrafallopian Transfer (GIFT)
Kaedah GIFT agak berbeza daripada IVF. Hal ini kerana telur yang diambil daripada ovari dimasukkan terus ke dalam tiub fallopio. Proses ini dijalankan melalui kaedah laparoscope. Laparoscope memerlukan doktor melakukan pembedahan kecil di bahagian abdomen tertentu untuk mengambil telur dari ovari dan pada masa yang sama memasukkan sperma ke dalam tiub fallopio.
Inilah ciri utama yang membezakan GIFT dan IVF. Namun begitu, melalui kaedah ini sperma yang terbaik tidak dipilih terlebih dahulu. Antara perbezaan lain ialah persenyawaan yang dilakukan tidak melibatkan kerja-kerja di dalam makmal tetapi proses tersebut berlaku di dalam keadaan yang semula jadi iaitu di dalam tiub fallopio itu sendiri.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kadar kehamilan yang menggunakan kaedah GIFT amat bergantung kepada tahap kesihatan individu-individu yang terlibat. Setakat ini, kadar kejayaan yang pernah dicatatkan bagi kehamilan pernah mencecah sehingga 36% dan kadar kelahirannya pula sehingga 26%.
Dalam pada itu, GIFT terbukti sebagai rawatan alternatif yang sangat berkesan membantu pasangan yang menghadapi masalah kesuburan ataupun endometriosis yang tidak kritikal. Selain daripada pembedahan secara laparoscope dapat membantu anda memulihkan keadaan tiub fallopio yang kadangkala mengalami masalah-masalah kesihatan dalaman seperti penyakit fibroid, chocolate syst dan lain-lain lagi.
3) Intracytoplasmic sperm injection (ICSI)
Teknik ICSI merupakan revolusi bagi teknologi kesuburan yang ada. Kaedah ini biasanya digunakan bagi membantu kebanyakan lelaki yang mengalami masalah dengan spermanya. Ini kerana ada segelintir lelaki yang sukar untuk ejakulasi. Apabila hal ini berlaku, pastinya sperma tidak dapat menembusi telur dan masalah sebeginilah yang menyebabkan pasangan sukar untuk hamil.
Kebanyakan punca masalah berkaitan sperma berlaku disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat. Misalnya lelaki kuat merokok dan sebagainya. Oleh yang demikian, ICSI dapat membantu pasangan dengan menggunakan teknik penyuntikan sperma ke dalam telur untuk disenyawakan di dalam piring khas.
Teknik yang digunakan oleh ICSI menggunakan beberapa peralatan canggih dalam usaha memastikan embrio yang dihasilkan adalah benar-benar bermutu. Dalam pada itu, berdasarkan kajian yang pernah dijalankan, keberkesanan penggunaan kaedah ICSI adalah 70%.
Apabila telur disenyawakan melalui kaedah ICSI dan disuntik ke dalam rahim, kadar kehamilan yang berlaku adalah sama seperti kaedah IVF. Malah ada pesakit yang mencatatkan peratusan kejayaan yang lebih tinggi.
4) Intrauterine insemination (IUI)
Jika dibandingkan dengan IVF, GIFT dan ICSI, anda dapat menjimatkan kos apabila memilih untuk menjalani rawatan kesuburan menggunakan kaedah IUI. Ini kerana persenyawaan dilakukan dalam keadaan semula jadi.
Melalui kaedah ini, suntikan akan diberikan kepada wanita bagi membolehkannya menghasilkan lebih banyak telur. Apabila lebih banyak telur terhasil, jadi peluang untuk hamil lebih tinggi. Kemudian sperma akan disuntik apabila tempoh kesuburan wanita itu dapat dipastikan.
Kaedah ini amat popular di kalangan pasangan yang agak berumur. Mereka tidak digalakkan untuk menggunakan kaedah ini kerana proses yang perlu dijalani memakan masa yang lebih sedikit berbanding ketiga-tiga kaedah yang lain. Bagi anda yang bercita-cita untuk memiliki anak kembar secara normal, kaedah ini amat sesuai untuk merealisasikan impian tersebut.
Artikel Berkaitan

Tak Suka Bau Suami & Mengidam Pelik-P...
Rasa mengidam masa mengandung, datang tanpa dirancang. Bau badan suami pun rasa makin tak boleh hidu. Adakah ia spontan atau ada punca disebalik situasi sebegini? SAMA KEADAANNYA KETIKA HAID Sebahagian wanita hamil akan mengalami suatu keadaan di mana mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing. Atas sebab perubahan hormon jugalah, ia menjadi punca mengapa sesetengah wanita mengidam makanan tertentu dan tidak pada wanita yang lain. Keadaan…

Masalah Sakit Belakang, Keputihan, Ke...
Apabila perut makin besar, ibu akan mula rasa perubahan pada tubuh. Jangan bimbang ia adalah perkara biasa. Keadaan ini akan berterusan sehingga beberapa bulan. Cuma anda kena tahu cara untuk mengatasinya dan cuba dapatkan nasihat doktor. SAKIT BELAKANG Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja sepanjang kehamilan anda. Biasanya anda akan mengalami sakit belakang akibat daripada bebanan kandungan yang terpaksa ditanggung. Ketika duduk, berat bayi dalam kandungan membuatkan anda bersandar yang kadang kala memberi tekanan pada otot dan sendi…

Kaki Dah Mula Membengkak, Kena Pakai ...
Perut anda selalu kembung dan bergas. Kerisauan akan menyebabkan masalah kembung perut ini bertambah teruk. Selain itu, anda mungkin juga akan mengalami sembelit. Banyakkan pengambilan buah-buahan kering dan segar serta sayur. Tambahkan juga menu bijirin penuh dalam diet anda. Sebelum mengambil sebarang ubat untuk merawat sembelit, sila rujuk masalah anda kepada doktor. Seperti mana kandungan anda semakin membesar, anda akan mendapati masalah keputihan juga semakin meningkat. Hormon kehamilan iaitu estrogen meningkatkan aliran darah ke kawasan pelvik dan mengaktifkan membran mukus.…

Kuasa Tuhan, Proses Pembentukan Janin...
Perjalanan benih lelaki ke telur wanita merupakan satu fenomena yang unik dan mengasyikkan. Ketahuilah tentang kejadian “buah cinta” anda berdua ini. SEPANJANG kehamilan, bayi akan berkembang daripada satu sel sehingga menjadi janin yang kelihatan seperti bentuk manusia dan seterusnya lahir sebagai bayi yang comel dan sihat. Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjang minggu-minggu ini. Ketahui fakta-fakta menarik tentang minggu-minggu pertama kehamilan anda. SPERMA Pengeluaran sperma atau air mani ditentukan oleh testis. Jika testis berukuran baik dan sempurna, setiap pancutan air…

Nak Bayi Sihat & Kehamilan Lancar, Ib...
Diet sihat yang seimbang adalah penting untuk tubuh anda berada dalam keadaan sihat begitu juga dengan bayi yang bakal anda kandung. Semua makanan yang anda makan, akan menjadi makanan untuknya juga. Dan bahan yang anda simpan sebelum kehamilan adalah penting untuk perkembangan awal sewaktu organ utama terbentuk. Antara zat yang penting ialah: a. Asid folik Asid folik, salah satu unsur daripada vitamin B membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir. Adalah dicadangkan kepada…