Ibu mula merasakan kelainan pada diri. Istilah paling mudah ialah ‘tak sedap badan.’ Cuba rasakan perubahan yang berlaku pada tubuh & tahap kesihatan diri. Selalunya bakal ibu tidak dapat lari daripada beberapa petanda ini.
a)Perubahan pada payudara
Jika terjadi kehamilan payudara akan membesar, hal ini disebabkan oleh meningkatnya produksi hormon esterogen dan progesteron. Payudara akan terasa makin lembut menyebabkan rasa sensitif yang lebih tinggi, hingga payudara akan terasa sakit atau nyeri bila dipegang. Puting susu membesar pula dan warnanya akan semakin gelap dan mungkin terasa gatal.
b) Kram perut
pada kondisi terjadinya kehamilan akan terjadi secara teratur. Dan kondisi kram perut ini, akan terus berlanjut sampai kehamilan trimester kedua, sampai letak uterus posisinya berada ditengah dan disangga oleh pinggul.
c) Mual & muntah (morning sickness)
Mual dan muntah (morning sickness) Sekitar 50% perempuan yang mengalami kehamilan akan memiliki tanda-tanda ini. Pemicunya adalah peningkatan hormon HCG (Human chorionic Gonadotrophin) secara tiba-tiba dalam aliran darah.
Ia biasanya terjadi pada saat di pagi hari. Adakalanya mual dan muntah dapat boleh terjadi pada siang dan malam hari juga. Bahkan morning sickness terjadi hanya ketika si ibu mencium aroma atau wewangian tertentu.
d) Kerap buang air kecil
Setelah haid terlambat satu hingga dua minggu, keinginan untuk buang air kecil menjadi lebih kerap dari kebiasaannya. Ini disebabkan janin yang berkembang di dalam rahim menekan pundi kencing menyebabkan ia cepat penuh dan menyebabkan rasa buang air kecil lebih kerap. Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh peningkatan hormon kehamilan. Oleh itu ibu jangan menahan kencing dan minum air selalu untuk mengelakkan dehidrasi.
e) Pening dan sakit kepala
Rasa pening dan sakit kepala yang dirasakan oleh ibu hamil diakibatkan oleh faktor keletihan, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Selain itu, perasaan tegang dan depresi juga boleh jadi penyebab.
f) Rasa letih dan mengantuk berlebihan
Rasa lelah dan mengantuk pada ibu hamil selain disebabkan oleh perubahan hormonal dan juga pertambahan tugas beberapa organ penting seperti ginjal, jantung, dan paru-paru.
Organ-organ vital ini tidak hanya bekerja untuk mencukupi kebutuhan ibu saja, namun juga untuk pertumbuhan dan perkembangan janin. Perut ibu yang semakin membesar seiring dengan bertambahnya usia kehamilan juga memberikan beban tersendiri bagi tubuh ibu.
g)Sembelit
Masalah ini terjadi akibat peningkatan hormon progesteron. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga memberikan kesan kepada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan ibu susah membuang air besar.
h) Air liur bertambah
Tanda kehamilan ini terjadi akibat pengaruh perubahan hormon estrogen dan biasanya terjadi pada kehamilan trimester pertama. Keadaan ini biasanya menghilang setelah kehamilan memasuki trimester kedua.
i) Suhu badan naiknya
Apabila terjadinya kehamilan atau ovulasi, suhu tubuh ibu akan sedikit meningkat. Keadan inii akan berterusan selama terjadinya kehamilan.
j) Amenorea atau ketiadaan haid
Tanda-tanda kehamilan yang paling banyak tepat menunjukkan ialah apabila kitaran haid terhenti. Namun bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur, ketiadaan haid bukanlah tanda kehamilan yang boleh diambil kira.
Artikel Berkaitan

Setompok Darah Keluar Terus Berhenti?...
Pendarahan dari vagina mungkin hanya dianggap sebagai tanda haid. Tapi tahukah anda jika pendarahan tersebut mungkin salah satu tanda kehamilan atau disebut implantasi. Pendarahan implantasi adalah pendarahan yang terjadi ketika sel telur yang telah disenyawakan dan menempel pada dinding rahim. Implantasi terjadi sekitar seminggu setelah ovulasi atau sekitar 6 hingga 12 hari setelah persenyawaan. Kenapa ia menyebabkan pendarahan? Ini kerana telur yang telah disenyawakan menempel pada dinding rahim dan sedikit gesekan yang mengakibatkan keluarnya darah. Biasanya, pendarahan…

Keputusan Negatif Atau Masih Belum Te...
Setelah semua usaha dijalankan, namun belum berhasil atau masih tidak mendapat keputusan positif dengan tepat, di sinilah kita perlu kembali menyerahnya kepada Allah. Allah yang menjadikan segala sesuatu. Tidak putus asa untuk terus berusaha dan berdoa. Dalam hal ini contohilah Nabi Zakaria yang sentiasa berdoa untuk mendapatkan zuriat, walaupun dirinya sudah tua dan isterinya pula mandul. Doa Nabi Zakaria: “Ya Tuhanku, berilah aku di sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Ali-Imran 38). Allah telah…

Awal Kehamilan Elak Stres. Ibu Cuba T...
Pada awal kehamilan, rasa stres mungkin terjadi. Embrio yang sedang membesar dan suasana baru selepas berbadan dua, anda perlu bijak menanganinya. Merasa stres sewaktu kehamilan adalah normal. Adalah penting untuk menangani stres sebelum membahayakan kandungan. Terdapat beberapa tips untuk menangani stres sewaktu kehamilan: Luahkan perasaan dengan seseorang. Anda mungkin tidak mahu membebankan pasangan atau kawan anda dengan masalah anda tetapi ia lebih membantu berbanding menahan perasaan. Cuba untuk meluahkan perasaan dengan seseorang. Anda akan merasa lebih baik selepas itu. Relaks. Meditasi…