Lazimnya, ada beberapa pandangan pakar mengenai masa yang tepat untuk memotong tali pusat. Sesetengah doktor memotong tali pusat apabila denyutannya telah berhenti. Ada doktor yang menunggu sehingga darah beroksigen dipindahkan kepada bayi.

Tali pusat di dalam salur peranakan ditarik perlahan-lahan untuk mengeluarkan. Jika selaput ketuban melekat atau tidak boleh menembusi rongga serviks, tali pusat akan dibelit-belit seperti tali dan ditarik keluar secara perlahan-lahan.

Namun, ada juga doktor yang memotong tali pusat sejurus sahaja bayi dikeluarkan. Tali pusat yang sudah dipotong, diikat ketat-ketat di dua tempat yang berdekatan untuk mencegah pendarahan. Selepas dipotong, tunggulnya diperiksa supaya tidak berlaku sebarang komplikasi lain.