Pada minggu ke 28 kandungan, payudara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada pakaian dalam bagi mengelakkan rasa melekit.
Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.
Bukan itu sahaja, bayi anda juga semakin membesar dengan baik. Malah bayi anda juga sudah cukup sifatnya dan boleh dilahirkan pada bila-bila masa.
Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.
Artikel Berkaitan

Plasenta Tidak Normal Undang Bahaya P...
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya. Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang boleh mengundang bahaya kepada ibu iaitu: #1: Uri melekat (retained placenta) Tanda dan risiko: a. Ketiadaan tanda-tanda plasenta sudah lekang selepas 30 minit menunggu. b. Pengalaman lepas, ibu pernah mengalami masalah plasenta melekat. c. Pernah menjalani pembedahan Ceasarean sebelum ini. d. Pernah menjalani D&C. e.…

Plasenta Tertinggal? Ada Perkara Baka...
Plasenta yang tertinggal sememangnya amat merbahaya kepada ibu. Dapatkan informasi dan kenal pasti tanda-tanda masalah placenta atau uri yang masih tertinggal di dalam rahim. Tanda-Tanda Plasenta Sudah Lekang 1. Berlaku pendarahan secara tiba-tiba tetapi sekejap. 2. Tali pusat bayi semakin panjang. 3. Ibu akan berasa seperti kontraksi sekali lagi. 4. Bonjolan rahim/batu meriyam akan ketara. Apabila doktor mendapat tanda-tanda tersebut telah ada ia akan bertindak mengeluarkan plasenta dengan segera. Bersalin secara pembedahan Ceasarean – Doktor akan menggunakan cara MRP (Manual…

Placenta Bekalkan Nutrien, Turut Salu...
Plasenta atau uri merupakan unit penting yang menghubungkan sistem ibu dengan bayi di dalam kandungan. Dalam perubatan pula ia lebih dikenali sebagai Feto Placenta Unit. Plasenta terbentuk daripada proses persenyawaan yang berlaku pada telur dan sperma. Sebahagiannya membentuk janin dan sebahagian lagi membentuk unit plasenta. Ia bertanggungjawab membekalkan nutrien penting bagi bayi, tempat berlakunya pertukaran gas oksigen – karbon dioksida, vitamin, glukosa dalam darah dan hormon-hormon yang diperlukan oleh bayi semasa dalam kandungan. Plasenta boleh menyalurkan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh…