Jumlah darah yang mengalir dalam tubuh makin meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah limau gedang.
Walaupun pakaian materniti mungkin tidak diperlukan, anda mungkin akan berasa tidak selesa dan ketat di bahagian dada. Sebab perut anda lebih besar mungkin disebabkan oleh berat badan yang bertambah sedikit dan perut mula besar.
Jika anda keliru antara memakai pakaian biasa atau pakaian ibu mengandung, seluar dan skirt dengan bahan elastik (atau pinggang rendah di bawah perut) merupakan cara yang baik untuk memulakannya.
Anda mungkin bimbang tentang pertambahan berat badan sewaktu kehamilan. Pertambahan berat badan sewaktu kehamilan adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan. Penting untuk anda mengetahui berapa pertambahan berat badan yang sesuai.
Secara umum, berat anda akan bertambah sekitar 10 kilogram hingga hingga 16 kilogram.
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, anda perlu mengehadkan pertambahan berat badan anda untuk mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.
Artikel Berkaitan

Buku Pink Ibarat Kad Pengenalan Ibu Y...
Apabila anda telah menjalani rutin pemeriksaan antenatal, anda akan diberikan buku pink atau buku pemeriksaan kesihatan (jika check up di pihak swasta) yang menandakan anda telah mula melakukan rutin pemeriksaan berkala. Buku tersebut berfungsi untuk mencatat setiap keputusan ujian yang anda jalani. Anda perlu menyimpan buku berkenaan dan pastikannya sentiasa ada di dalam beg tangan atau atau bawa saja ke mana anda pergi. Buku ini penting kerana ia ibarat kad pengenalan untuk anda selama 9 bulan kandungan. Jika sebarang perkara…

Perubahan Hormon Buat Mood Ibu Cepat ...
Hormon memainkan peranan penting sepanjang kehamilan dan kelahiran. Antara hormon yang sering kali dikaitkan dengan wanita hamil ialah ovari (awal kehamilan) dan plasenta yang berkembang di sekitar minggu 12. Hormon-hormon ini membantu ini janin berkembang dan bertanggung jawab kepada perubahan-perubahan yang berlaku kepada payu dara dan tubuh anda. Selain daripada itu, peranan hormon ialah memastikan kelahiran berlaku pada waktu yang sepatutnya. Dalam pada itu, perlu anda ketahui, hormon yang dikenali sebagai human chorionic gonadotrophin (HCG) wujud di dalam tubuh anda…

Pengambilan Makanan Sihat Penting Unt...
Dalam usia kandungan yang masih baru, simptom loya, tak larat, tiada selera makan akan membuatkan anda rasa cepat letih dan kurang bertenaga. Mungkin anda rasa kurang selera tetapi cuba juga untuk makan sikit-sikit ikut waktu makan. Pastikan pengambilan makanan sihat seperti bayam (sumber folat), buah-buahan (sumber vitamin dan serat), dan susu (sumber kalsium) untuk menjaga tubuh anda dalam keadaan baik. Selain menjaga pemakanan, aktiviti riadah santai juga boleh membantu anda untuk kekal bertenaga dan dapat kembali mood positif. Pasangan anda…