Satu hal yang cukup ditakuti adalah masalah kencing manis dan darah tinggi dihujung kehamilan. Kencing manis misalnya akan memudaratkan saiz dan kesihatan bayi di dalam kandungan. Manakala darah tinggi pula mengancam nyawa ibu hamil. Hati-hati.
Ada perkara bakal ibu harus tahu mengenai dua perkara ini.
Kencing manis (diabetes)
Adalah penyakit biasa yang dihidapi oleh ibu hamil walaupun mereka sihat sebelum ini. Hal ini disebabkan oleh kandungan hormon khusus hormon estrogen dan progesterone meningkat dengan begitu tinggi sehingga kandungan gula dalam darah meningkat.
Keadaan ini menjadi lebih buruk jika anda sememangnya menghidapi kencing manis sebelum hamil. Bagi pesakit yang tidak terlalu kronik, mereka hanya disarankan agar mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi serta bergula. Manakala bagi ibu hamil yang mengalami diabetis kronik terpaksa mendapat rawatan berupa suntikan.
Darah tinggi
Penyakit ini lebih kerap dialami oleh ibu hamil sulung daripada ibu yang pernah hamil sebelumnya. Ibu hamil yang meningkat umurnya melebihi 35 tahun juga kerap mengalaminya. Anda boleh melihat simptomnya melalui bengkak kaki sama ada kedua-dua belah atau sebelah sahaja dan kencing kotor iaitu air kencing mengandungi albumin.
Mereka yang menghidap penyakit darah tinggi ketika hamil mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk mengawasi penyakitnya. Jika keadaan ini tidak terkawal ia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Kemungkinan bayi akan mati dalam kandungan. Bayi ini juga biasanya lahir dengan berat badan yang ringan dan kadangkala lahir sebelum cukup bulan.
Serviks lemah
Biasanya terjadi pada ibu yang pernah keguguran khususnya usia kandungan selepas trimester pertama. Selalunya, serviks (pintu rahim ) akan berada dalam keadaan tertutup sehingga sampai pada proses kelahiran.
Oleh yang demikian, ibu hamil yang pernah keguguran, lakukan ujian bagi menilai sama ada serviks lemah atau normal. Selalunya, jika berlaku serviks lemah, doktor akan mengesyorkan satu pembedahan kecil bagi menjahit serviks agar tertutup. Jahitan ini akan dibuka pada saat akhir kehamilan atau sebaik sahaja proses kelahiran mahu bermula.
Pre-eklampsia
Adalah satu daripada masalah yang paling biasa dialami kepada kehamilan di usia lewat. Anda boleh melihat simptom-simptomnya dengan memerhatikan tekanan darah yang meningkat sehingga melebihi 140/90. Berat badan juga akan bertambah secara berlebihan, buku lali, tangan atau kaki semakin membengkak dan masalah kencing manis.
Jika keadaan ini berlaku pada anda, beritahu kepada doktor untuk mendapatkan rawatan dan pengawasan yang lebih. Jika masalah ini tidak dikawal dengan segera khususnya masalah darah tinggi, kemungkinan berlaku eklampsia yang boleh menyebabkan sawan. Oleh yang demikian, pastikan anda berehat secukupnya. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan.
Artikel Berkaitan

3 Masalah Pada Uri, Jangan Pandang Ri...
Salah satu risiko kehamilan dan masalah yang membahayakan ibu hamil adalah berkaitan masalah uri. Uri di bawah, terkeluar dan sebagainya amat merbahayakan ibu. Kenal pasti tiga masalah uri ini. Risiko bayi dilahirkan secara pembedahan adalah sangat tinggi. Masalah kedudukan plasenta atau uri (placenta praevia) Kadangkala berlaku kepada ibu hamil yang sudah mempunyai beberapa orang anak. Kedudukan uri berada di bawah selari dengan pintu rahim dan ia boleh menghalang proses kelahiran bayi. Apabila janin bergerak, uri akan tertekan dan menyebabkan kesakitan.…

Perut Mengeras Di Minggu Ke 29, Bayi ...
Pada minggu ke 29 ini, anda akan berasa pergerakan bayi yang lebih kerap dan aktif di dalam kandungan. Perut juga akan terasa mengeras dan meregang. Bayi juga akan mula mengeraskan badannya sekali sekala. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring. Jaga pemakanan dengan menu dan diet yang sihat dan lengkap nutrisinya supaya mampu membekalkan nutrisi yang sebaiknya kepada bayi di dalam kandungan. Biarkan bayi aktif dengan pemakanan yang tepat. Bayi anda di dalam kandungan juga…

Alami Anemia & Jangkitan Buah Pinggan...
Sekiranya anda didapati mengalami beberapa masalah kesihatan, anda perlu mendapatkan penjagaan khas. Jika masalah ini berlarutan sehingga usia kandungan memasuki minggu ke 40, anda mungkin mengalami komplikasi ketika bersalin. Jika anda disahkan mempunyai masalah, jangan terlalu risau kerana doktor akan membuat pemerhatian dan pemeriksaan yang kerap sepanjang kehamilan sehingga anda bersalin. Ujian imbasan atau ultrabunyi mungkin akan dibuat berulang kali untuk melihat keadaan kesihatan, kedudukan dan pergerakan bayi dalam perut. Turut diperhatikan pada waktu ini adalah kedudukan uri sama ada…