Apabila kandungan anda sudah mencapai 33 minggu, kurangkan aktiviti bersenam dan tidurlah secukupnya supaya badan bertenaga. Tidak ada salahnya jika anda mahu melakukan aktiviti fizikal, tetapi elakkan mengangkat bebanan yang berat.

Pastikan tubuh sentiasa dehidrasi. Minumlah air sebanyak lapan ke sepuluh gelas setiap hari. Pada ketika ini, anda akan kerap berasa lapar. Makanlah secara kerap, tetapi jangan berlebihan supaya anda tidak berasa sesak nafas. Normal jika anda selalu merasa risau kerana mental sedang bersedia untuk memberi isyarat kepada tubuh bahawa anda akan bersalin tidak lama lagi.

 

Anda digalakkan untuk mandi dengan air suam yang dicampurkan dengan minyak pati lavender untuk memberi efek tenang. Selain itu, amalkan pengambilan susu hangat sebelum tidur dan perbanyakkan mendengar muzik lembut atau alunan ayat Al-Quran untuk melegakan fikiran anda.