Memasuki minggu ke 32, anda sudah boleh memilih dan mempraktikkan posisi bersalin. Latihan perlu dibuat terutama bagi ibu yang hamil anak sulung.
Mengenali posisi ini dapat membantu anda terutama apabila tiba masa untuk bersalin. Tidak akan timbul masalah “tak tahu,” dan “tak bersedia.” Yang penting, persediaan awal ini boleh mengurangkan rasa gementar bila berada di bilik bersalin.
Lazimnya, kontraksi boleh berlaku dan berlanjutan sehingga 7 hingga 8 jam. Ada juga yang mengalami masalah tersebut sehingga setengah hari dan lebih. Oleh itu, anda tidak hanya perlu berlatih dan memilih posisi bersalin, tetapi anda juga perlu tahu bagaimana caranya untuk memberi keselesaan diri ketika mengalami kontraksi.
Posisi Redakan Kontraksi
1.Kedudukan tegak
Pada awal kontraksi, anda boleh mengurangkan rasa tidak selesa itu dengan menyokong diri pada permukaan berhampiran. Misalnya pada dinding, kerusi atau meja. Jika perlu, anda boleh berlutut sambil kepala disandarkan pada permukaan pilihan anda.
2. Duduk bertentangan
Kaedah ini hanya menggunakan kerusi. Pastikan kerusi yang anda pilih mempunyai penyandar. Letakkan bantal di atas kerusi dan juga pada bahagian atas kayu penyandar. Duduk berpaling ke arah bertentangan kerusi.
3. Bantuan
Anda boleh bersandar pada pasangan. Paut bahu suami erat-erat dalam kedudukan 10 darjah condong. Pada masa sama, suami boleh mengurut belakang pinggang anda dengan perlahan.
4. Melutut ke hadapan
Melutut dengan keadaan kaki dibuka sedikit. Kepala, tangan dan badan diletakkan di atas himpunan bantal atau kusyen. Cuba berada dalam keadaan tegak yang mungkin agar sakit kontraksi dapat dikurangkan.
5. Merangkak
Posisi ini akan menyuruh anda berkeadaan seperti merangkak. Kaki, lutut dan tangan perlu mencecah lantai. Kemudian goyangkan anggota bahagian atas yang tidak mencecah lantai ke hadapan dan belakang.
Artikel Berkaitan

Nikmati Hujung Kehamilan Dengan Gembi...
Masuk sahaja minggu ke 32 ini anda boleh menetapkan minda anda untuk bersalin pada tempoh waktu terdekat. Usia lapan bulan kehamilan adalah waktu yang cukup mendebarkan ibu hamil. Jika anda bekerja, mulakan cuti yang agak panjang sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal. Elakkan bekerja lebih masa atau kerja keras di hujung minggu. Set kan minda anda untuk berehat sebanyak mungkin sebelum menghadapi bulan terakhir kehamilan. Tip santai yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:…

Bantu Diri Sendiri Ketika Kontraksi, ...
Persediaan menghadapi kontraksi memerlukan informasi yang lebih saat berdepan dengannya. Teknik pernafasan yang tepat antara yang disarankan saat berdepan dengan masalah kontraksi. Apa bakal ibu boleh lakukan adalah: 1. Terus bergerak ketika alami kontraksi. Selain dapat mengendalikan kesakitan dengan baik, cara ini dapat mengurangkan rasa gemuruh menanti kelahiran kelak. 2. Cuba berdiri setegak mungkin supaya kepala bayi berada tetap di atas serviks. Keadaan ini menjadikan kontraksi lebih kuat dan berkesan. 3. Tumpuan perlu juga diberikan kepada cara pernafasan. Caranya adalah…

Posisi Bersalin, Anda Pilih Yang Mana?
Latihan mengurangkan sakit ketika kontraksi kemudian diikuti dengan latihan posisi bersalin. Di Malaysia, ramai di kalangan ibu hamil melalui kaedah bersalin secara konvensional iaitu berbaring pada katil khas dan kaki dibuka luas. Namun terdapat juga beberapa kaedah yang boleh dicuba. Walaupun ia nampak janggal tetapi, sesetengah negara mempraktikkan posisi tersebut. 1. Duduk tegak Posisi ini adalah posisi popular di kalangan ibu hamil. Ia mudah. Anda hanya perlu duduk dengan kecondongan mengikut kehendak anda. Untuk lebih selesa, kecondongan itu diampu dengan…