Plasenta yang tertinggal sememangnya amat merbahaya kepada ibu. Dapatkan informasi dan kenal pasti tanda-tanda masalah placenta atau uri yang masih tertinggal di dalam rahim.

Tanda-Tanda Plasenta Sudah Lekang

1. Berlaku pendarahan secara tiba-tiba tetapi sekejap.
2. Tali pusat bayi semakin panjang.
3. Ibu akan berasa seperti kontraksi sekali lagi.
4. Bonjolan rahim/batu meriyam akan ketara. Apabila doktor mendapat tanda-tanda tersebut telah ada ia akan bertindak mengeluarkan plasenta dengan segera.

Bersalin secara pembedahan Ceasarean – Doktor akan menggunakan cara MRP (Manual Remover of Plasenta) yakni tangan digunakan untuk mengeluarkan plasenta daripada perut yang telah dibedah.

Apakah semua kes serpihan plasenta perlu menjalani D&C?
Hal ini bergantung pada serpihan yang tertinggal. Jika tidak banyak pendarahan, doktor akan memberi antibiotik dan serpihan akan keluar bersama darah nifas.

Adakah masalah serpihan plasenta tertinggal boleh dielakkan?
Hal ini merupakan satu kontroversi di kalangan pakar perubatan. Doktor dapat mengeluarkan plasenta sepenuhnya tetapi masalah selaput plasenta masih tertinggal masih boleh berlaku. Masalah plasenta succencuriate lobe yakni tertinggal serpihan daging tambahan plasenta yang tidak diketahui oleh doktor boleh membawa kepada pendarahan yang banyak selepas pulang ke rumah. Bagaimanapun masalah ini jarang berlaku.