Plasenta atau uri merupakan unit penting yang menghubungkan sistem ibu dengan bayi di dalam kandungan. Dalam perubatan pula ia lebih dikenali sebagai Feto Placenta Unit.
Plasenta terbentuk daripada proses persenyawaan yang berlaku pada telur dan sperma. Sebahagiannya membentuk janin dan sebahagian lagi membentuk unit plasenta.
Ia bertanggungjawab membekalkan nutrien penting bagi bayi, tempat berlakunya pertukaran gas oksigen – karbon dioksida, vitamin, glukosa dalam darah dan hormon-hormon yang diperlukan oleh bayi semasa dalam kandungan.
Plasenta boleh menyalurkan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh ibu seperti HIV, siflis, hepatitis dan jangkitan kuman semasa pemindahan kepada bayi. Dengan kata lain, peranan plasenta ialah mengambil alih fungsi sistem organ bayi sebelum ia mencapai kematangan.
Bagaimanapun selepas bayi matang (37 minggu), plasenta sudah tidak diperlukan lagi kerana sistem badan bayi sudah boleh berfungsi sendiri tetapi jika melebihi tarikh bersalin (10 hari), uri masih boleh berfungsi untuk bayi.
Posisi Plasenta
Pada peringkat awal kehamilan, 90 peratus plasenta berada di segmen bawah rahim dan selepas tujuh bulan, 90 peratus plasenta akan berpindah ke segmen atas rahim. Dianggarkan beratnya adalah 1/6 daripada berat bayi semasa dilahirkan atau lebih kurang 500 gram.
Bagaimana Plasenta Dikeluarkan?
Plasenta akan dikeluarkan selepas bayi selamat dilahirkan. Biasanya dalam masa ½ jam selepas kelahiran bayi, plasenta dapat dikeluarkan, bermakna plasenta mengalami masalah.
Terdapat dua cara plasenta dikeluarkan apabila bersalin normal:
1. Kaedah pasif
Plasenta dibiarkan lekang secara semula jadi dan keluar sendiri tetapi pakar perubatan jarang menggunakan cara ini kerana ia lambat, senang melekat, boleh menyebabkan pendarahan dan rahim lambat mengecut.
2. Kaedah aktif
Doktor akan menarik tali pusat dan menolak rahim daripada atas perut seta menarik keluar plasenta secara terkawal, CCT (Control Cord Transaction).
Artikel Berkaitan

Sedia Keluarkan Kolostrum, Payudara M...
Pada minggu ke 28 kandungan, payudara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada pakaian dalam bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan. Bukan itu sahaja, bayi anda juga semakin membesar dengan baik. Malah bayi anda juga sudah cukup…

Plasenta Tidak Normal Undang Bahaya P...
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya. Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang boleh mengundang bahaya kepada ibu iaitu: #1: Uri melekat (retained placenta) Tanda dan risiko: a. Ketiadaan tanda-tanda plasenta sudah lekang selepas 30 minit menunggu. b. Pengalaman lepas, ibu pernah mengalami masalah plasenta melekat. c. Pernah menjalani pembedahan Ceasarean sebelum ini. d. Pernah menjalani D&C. e.…

Plasenta Tertinggal? Ada Perkara Baka...
Plasenta yang tertinggal sememangnya amat merbahaya kepada ibu. Dapatkan informasi dan kenal pasti tanda-tanda masalah placenta atau uri yang masih tertinggal di dalam rahim. Tanda-Tanda Plasenta Sudah Lekang 1. Berlaku pendarahan secara tiba-tiba tetapi sekejap. 2. Tali pusat bayi semakin panjang. 3. Ibu akan berasa seperti kontraksi sekali lagi. 4. Bonjolan rahim/batu meriyam akan ketara. Apabila doktor mendapat tanda-tanda tersebut telah ada ia akan bertindak mengeluarkan plasenta dengan segera. Bersalin secara pembedahan Ceasarean – Doktor akan menggunakan cara MRP (Manual…