Minggu ke 26 dirasakan semakin mencabar dengan saiz perut yang semakin berat dan membesar. Bukan hanya saiz perut bahkan waktu tidur anda semakin terganggu malah tidak nyenyak.

Pergerakan bayi yang cukup aktif di dalam perut membuatkan anda semakin tidak selesa untuk tidur tanpa diganggu. Malah ketika berbaring, anda semakin sukar untuk mengalihkan posisi. Anda sentiasa tercari-cari mana posisi yang paling selesa dan tepat tanpa sentiasa memikirkan bayi di dalam perut.

Berbaring dalam posisi menelentang menjadi semakin sukar dan menegang. Anda sebolehnya akan mencari posisi mengiring yang lebih selesa namun memenatkan.

Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan bantal kecil pada posisi tertentu.

Sendalkan dengan bantal kecil pada bawah badan terutama pada pinggang, pinggul dan perut. Malah kaki juga jangan dibiarkan sahaja, letakkan batal supaya kaki lebih selesa.