Berat badan ibu akan bertambah sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki  akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai dan selesa.

Secara puratanya berat badan ibu akan naik antara tujuh ke lapan kilogram secara keseluruhan dengan purata berat badan asal.

Tanda regangan atau stretch mark akan semakin jelas kelihatan pada perut dan payudara. Selain itu garis gelap yang dipanggil linea nigra antara pusat hingga kemaluan juga semakin jelas.

Keghairahan terhadap seks akan menurun kerana ibu semakin tidak selesa, letih dan mungkin sakit-sakit badan.

Pada minggu kehamilan ini juga, kemungkinan perut ibu hamil akan terasa gatal. Ini terjadi kerana kelembapan kulit ibu yang mula menghilang, hingga menyebabkan rasa kering dan gatal. Elakkan daripada kerap menggaru kerana ia hanya akan menyebabkan kulit lebih gatal selain berlaku kulit melecet.

Penggunaan pelembap boleh mengurangkan rasa gatal. Losyen anti-gatal seperti calamine atau mandi oat susu dapat membantu mengurangkan kegatalan. Namun, jika ibu masih merasa gatal tanpa adanya masalah kulit kering atau sensitif, atau muncul ruam di perut, jumpalah doktor untuk rawatan segera.