Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.

Ibu juga semakin kerap buang air kecil kerana rahim berada betul-betul di atas pundi kencing.

Ada ibu hamil juga mungkin mengalami masalah gusi atau hidung berdarah. Untuk mengelakkannya pastikan ibu amalkan kebersihan yang betul ini disebabkan hormone ibu semakin aktif, gusi akan mengalami sensasi dan berdarah ketika menggosok gigi.

Pada minggu ini juga ada ibu semakin rasa sukar untuk tidur. Rasa cemas yang dirasakan kadangkala mengakibatkan kerap buang air kecil, sakit pada kaki, dan perasaan tidak selesa dapat berubah menjadi gangguan tidur di waktu malam har.

ibu hamil mungkin akan mengalami kaki kejang waktu malam. Masalah kaki kejang menyebabkan ibu kerap terjaga di tengah malam.

Selain dari itu pada minggu ini juga, gejala preeklampsia, berat badan yang bertambah, nafsu makan menurun, serta tangan dan wajah membengkak kerap berlaku.

Masalah sakit kepala tanpa sebab, sakit perut dan sakit kerongkong, gangguan gatal dan penglihatan juga kerap terjadi. Jika anda mengalami gejala-gejala tersebut, segera dapatkan rawatan dengan doktor.