Meskipun masih beberapa bulan sebelum anda bersalin, payudara sudah mula menghasilkan susu ibu. Seawal minggu ke-21 mungkin saluran susu pada payudara tersumbat dan menimbulkan gejala berupa benjolan keras, kemerahan, dan lembut ketika dada disentuh.

Jangan risau kerana ia perkara normal yang berlaku di awal kehamilan terutama apabila usia kandungan sudah masuk enam bulan dan selepas kehamilan berakhir.

Gunakan tuala hangat dan urut lembut payudara untuk melancarkan saluran susu. Pakar perubatan menyarankan ibu hamil mengelakkan daripada memakai bra berdawai bagi mengurangkan kesakitan. Bagaimanapun pastikan ibu memilih bra mengandung yang boleh menyokong perubahan saiz payudara yang semakin membesar.

Payudara kelihatan semakin besar pada trimester ini karena hormon hamil terus menggalakkan kelenjar susu untuk berkembang dan bersiap menghasilkan susu ibu. Ini sebabnya mengapa ada sesetengah ibu hamil masih rasa berdenyut-denyut pada payudaranya sepanjang trimester kedua.

Warna aerola dan puting payudara menjadi lebih gelap dan terdapat benjolan-benjolan kecil di sekitarnya. Benjolan tersebut adalah kelenjar yang mengeluarkan zat berminyak supaya puting ibu hamil tidak mengering.

Seiring perubahan saiz payudara, di sekitar minggu ke-16 sehingga 22 kehamilan, cecair kuning bernama kolostrum mungkin juga akan keluar. Kolostrum adalah susu ibu pertama yang pekat dan likat dan sangat berkhasiat untuk bayi baru lahir.