Sepanjang proses kontraksi berlaku, geseran kepala bayi mulai menujah ke bawah. Serviks akan mula menipis dan permukaan serviks bertambah luas sehingga terbuka sepenuhnya.
Peringkat pertama kelahiran berakhir apabila serviks terbuka sepenuhnya. Ibu yang pernah bersalin sering mengalami kerumitan air ketuban pecah terlebih dahulu kerana penipisan otot rahim.
Sekiranya proses pembukaan serviks terhenti pada ukuran di bawah 6 sm, ini menandakan serviks mengalami masalah untuk membuka sepenuhnya. Sekiranya, serviks kelihatan edema atau lebam, ini adalah petanda buruk dan proses kelahiran alternatif akan dilakukan seperti cara pembedahan.
Apabila memasuki peringkat kedua, bidan akan menyapu larutan antiseptik pada bahagian pubis, abdomen bawah, vulva, lubang vagina serta bahagian paha dan sekitarnya.
Anda akan berasa sejuk sebaik sahaja antiseptik disapu pada bahagian yang disebut tadi. Hal ini kerana, antiseptik ini disimpan di dalam peti sejuk untuk menjamin keselamatan dan kebersihannya.
- Kepala bayi mulai turun ke pintu rahim pada peringkat pertama kelahiran.
- Tekanan kepada bayi pada rektum dan lantai pelvik mengaktifkan proses meneran kepada si ibu.
- Sebahagian muka dan kepala mula kelihatan sedikit demi sedikit diikuti bahagian bahu dan anggota lain akan mengikuti kemudian.
- Plasenta atau uri akan dikeluarkan dan diperiksa. Bidan akan memastikan tiada sisa uri tertinggal dalam rahim ibu.
Artikel Berkaitan

Cirit Birit Jadi Petanda Anda Sudah M...
Sebagai ibu yang menanti untuk saat melahirkan, seharusnya anda bersedia daripada pelbagai sudut. Ada beberapa situasi yang perlu anda awasi dan fahami sebelum melahirkan. Perkara di bawah ini adalah simptom-simptom awal kelahiran: Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi mungkin berlaku secara tiba-tiba. Cirit birit dan diikuti dengan memulas pada bahagian perut. Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu. Sakit seperti senggugut di bawah perut. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit. Kontraksi berlaku…

Selesai Keluarkan Bayi, Doktor Akan P...
Lazimnya, ada beberapa pandangan pakar mengenai masa yang tepat untuk memotong tali pusat. Sesetengah doktor memotong tali pusat apabila denyutannya telah berhenti. Ada doktor yang menunggu sehingga darah beroksigen dipindahkan kepada bayi. Tali pusat di dalam salur peranakan ditarik perlahan-lahan untuk mengeluarkan. Jika selaput ketuban melekat atau tidak boleh menembusi rongga serviks, tali pusat akan dibelit-belit seperti tali dan ditarik keluar secara perlahan-lahan. Namun, ada juga doktor yang memotong tali pusat sejurus sahaja bayi dikeluarkan. Tali pusat yang sudah dipotong,…

Melahirkan Bayi Kali Pertama Mungkin ...
Tempoh masa melahirkan dibahagikan kepada tiga tahap. Jika bakal ibu belum pernah ada pengalaman bersalin, proses bersalin akan berlaku dalam jangka masa 12 hingga 16 jam. Manakala ibu yang sudah berpengalaman hanya mengambil masa kurang 12 jam. TAHAP PERTAMA Tahap pertama proses kelahiran bermula: Rasa sakit di bahagian belakang akibat aktiviti pengecutan rahim dan pengembangan serviks. Rasa sakit ini akan beralih ke hadapan sehingga pada bahagian bawah abdomen (rongga perut). Keadaan ini berlangsung dalam tempoh tertentu dan sakit makin bertambah…