Anda mungkin perlu menjalani ujian tambahan sebagai sebahagian daripada rutin pemeriksaan antenatal. Dalam keadaan tertentu seperti bayi berkeadaan tidak normal, doktor akan melakukan beberapa ujian khas. Jika masalah yang dialami oleh anda dan kandungan dapat dikesan pada peringkat awal, kemungkinan anda melahirkan bayi dengan selamat adalah tinggi.
UJIAN AFP (PENYARINGAN SERUM) Kebanyakan wanita hamil digalakkan menjalani ujian darah pada minggu 16 untuk mengetahui kemungkinan anda menghadapi risiko melahirkan anak sindrom Down atau kecacatan tiub neural terbuka seperti spina bifida. Bagi wanita yang mendapat keputusan positif, mereka lazimnya akan melahirkan bayi normal. Berlainan pula dengan mereka yang mendapat keputusan negatif. Keputusan tersebut biasanya menunjukkan kemungkinan kecil bayi yang dikandung mengalami keabnormalan. Ujian AFP tidak dapat mengesahkan sepenuhnya kemungkinan yang diperoleh, jadi ujian-ujian lain seperti ujian imbasan ataupun amniosentesis akan dilakukan.
AMNIOSENTESIS Ujian ini digunakan untuk mengesan beberapa keabnormalan pada bayi terutamanya bagi anda yang datang daripada keluarga yang mempunyai sejarah keabnormalan genetik. Ujian ini mempunyai risiko kecil menyebabkan keguguran. Anda mungkin perlu menjalani ujian ini jika:
1. Berumur lebih 37 tahun (risiko mendapat bayi sindrom Down adalah tinggi)
2. Mempunyai sejarah penyakit keturunan seperti spina bifida.
3. Mempunyai tahap AFP yang lebih tinggi daripada biasa. Berpandukan ujian imbasan, sebatang jarum berongga diselitkan ke dalam rahim melalui lapisan dinding perut dan satu sampel cecair yang mengelilingi bayi serta mengandungi sedikit selnya diambil. Sel ini kemudian diuji untuk mengesan keabnormalan pada bayi.
KAUNSELING GENETIK Jika anda khuatir bayi anda mewarisi penyakit keturunan ataupun cacat, anda boleh berbincang dengan doktor anda. Kaunseling adalah berdasarkan kepada segala maklumat berkaitan penyakit yang pernah dialami oleh ahli keluarga ataupun melalui analisis kromosom yang didapati daripada sampel darah. Doktor akan menerangkan kepada anda sebarang penyakit yang mungkin dihadapi oleh bayi dan menyarankan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda menjalani kaunseling ini sebelum mengambil keputusan untuk hamil agar anda tidak terlibat dengan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
PENSAMPELAN VILUS KORIONIK (CVS) Ujian ini dilakukan pada minggu ke-11 untuk mengesan sindrom Down ataupun keabnormalan genetik atau kromosom yang lainnya. Gangguan keturunan dapat diketahui dengan memeriksa secebis jalur tisu yang membentuk bahagian plasenta. Sampel ini diperoleh sama ada melalui bukaan rahim atau dengan memasukkan jarum terus ke dalam rahim melalui dinding abdomen. Kelebihan CVS ialah jika terdapat sebarang masalah, tindakan untuk menyelamatkan anda dan kandungan dapat dilakukan jika masalah tersebut dikesan pada peringkat awal. Ujian ini mempunyai risiko sama seperti amniosentesis
Artikel Berkaitan

Gusi Ibu Jadi Sangat Sensitif, Mudah ...
Berat ibu mula bertambah sedikit demi sedikit mengikut pembesaran bayi dalam kandungan. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi. Dalam tempoh ini juga, mungkin orang sekeliling perasan wajah anda kelihatan berseri. Pendapat ini mungkin betul. Untuk menyokong bayi anda, badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah dan meningkatkan aliran darah. Ini boleh menyebabkan darah segera ke kulit…

Elak Pengambilan Asam Atau Jeruk Untu...
Pemakanan berkhasiat penting dalam tempoh kandungan ini untuk memastikan janin membesar dengan sihat. Pengambilan makanan yang lengkap dengan nutrisi sangat digalakkan. Jika ibu masih lagi mengalami masalah loya, pilihlah buah-buahan sebagai kudapan. Elak ambil asam atau jeruk. Biasa berlaku kebanyakan ibu nak makan makanan yang masam untuk elak loya tetapi sebaiknya fikirkan bayi dalam kandungan. Dalam setiap hidangan pastikan cukup sumber nutrisi supaya ibu kekal bertenaga sepanjang masa. Makanan segera, minuman yang tinggi kandungan gulan sebaiknya dielakkan dari awal. Boleh…

Pening Kepala, Panas Dan Berpeluh Sim...
Anda juga akan mengalami simptom-simptom lain seperti pening kepala atau rasa panas dan berpeluh. Ini adalah perkara biasa. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang tidak hamil mempunyai kira-kira 100ml darah mengalir melalui arteri rahim. Semasa awal kehamilan, aliran darah anda akan meningkat kepada kira-kira 120 ml per minit dan secara beransur-ansur akan meningkat kepada 350 ml per minit apabila semakin dekat dengan tarikh bersalin. Apabila anda berasa pening kepala, anda perlu berbaring dan berehat. Ingat, jangan paksa diri. Mungkin orang…