Ramai ibu hamil mengalami masalah seperti tidak boleh berdiri terlalu lama mahupun pigmentasi yang lebih teruk berbanding sebelum hamil. Jangan risau, ada cara untuk mengatasinya.
1. Untuk ibu hamil yang mengalami sakit kaki, seboleh-bolehnya elakkan daripada berdiri lama. Jika terpaksa, semasa berdiri gerak-gerakkanlah kaki dan jari-jari kaki agar darah dapat mengalir dengan sempurna tanpa sebarang rintangan. Dan semasa berbaring, tinggikan sedikit kaki daripada kepala. Cara ini dapat melancarkan peredaran darah seterusnya mengurangkan masalah yang dihadapi ini. Untuk pengetahuan anda, berkasut tumit tinggi semasa hamil hanya akan menyebabkan betis dan kaki terasa penat dan kejang. Tetapi, bagi yang masih ingin memakai kasut bertumit sepanjang tempoh tersebut, pakailah kasut yang tumitnya hanya setinggi satu atau dua inci sahaja.
2. Pancarannya yang terik akan menyebabkan pigmentasi lebih teruk. Walau bagaimanapun, jika anda perlu berjemur, sapukanlah sun block pada bahagian kulit yang terdedah. Cara ini dapat mengelakkan masalah kulit anda bertambah buruk. Akan tetapi, kepada yang berhadapan dengan semua masalah ini janganlah risau kerana semua itu akan hilang selepas anda melahirkan. Walaupun ramai ibu hamil merasakan wujudnya pelbagai masalah kulit akibat peningkatan pigmentasi kulit, ada juga di antara mereka mengalami pengalaman sebaliknya.
Semasa hamil, kulit mereka rasa bertambah baik dan segala kecacatan yang wujud padanya hilang serta-merta. Tekstur kulit juga menjadi bertambah lembut dan licin. Sebenarnya, masalah fizikal ibu hamil bukan sahaja pada kulit dan rambut, bahkan juga pada kuku. Ramai ibu hamil mendapati kuku mereka mudah patah dan merekah. Untuk elakkannya, pakailah sarung tangan setiap kali melakukan kerja rumah.
Pada peringkat trimester kedua kehamilan, para ibu biasanya akan rasa sihat dengan rambut yang berkilauan, kulit yang bercahaya dan senyuman menawan. Akan tetapi, bukan semua ibu hamil berupaya tampil menarik sepanjang tempoh tersebut. Ada yang sugul, berkulit kusam dan kelihatan lesu sentiasa.
Untuk pengetahuan anda, masalah ini wujud kesan daripada penghasilan hormon yang tinggi dalam badan. Bagi yang mempunyai rambut jenis berminyak, masalah itu mungkin menjadi lebih teruk ketika hamil. Begitu jugalah dengan para ibu yang berambut kering. Biasanya semasa berbadan dua rambut kering anda tambah kering dan mudah rapuh. Jika berhadapan dengan masalah seperti ini, janganlah terlalu risau. Bagi yang berambut kering, gunakanlah syampu yang lembut dengan perapinya sekali.
Manakala bagi ibu yang memiliki rambut berminyak, anda disarankan agar sering mencucinya untuk mengembalikan kilauannya. Selain rambut, kulit wanita hamil juga sering mengalami masalah.
Artikel Berkaitan

Ketahui Simptom Biasa Ibu Hamil, Tapi...
Hampir semua ibu hamil akan mengalami masalah yang sama. Ada yang tidak lagi mempunyai tenaga yang banyak untuk berjalan lebih lama dan lebih jauh dan ada yang mempunyai perubahan pada kulit. Ini simptom biasa yang akan dialami ibu-ibu hamil. Namun, jangan ambil mudah jika gusi berdarah kerana ia mungkin menjejaskan bayi dalam kandungan. 1. Vericose veins adalah masalah biasa bagi ibu hamil. Vericose veins terjadi akibat kegagalan darah yang berada di bahagian kaki untuk kembali ke jantung mengikut kadar biasa.…

Kandungan Semakin Membesar, Perubahan...
Setiap bahagian badan ibu akan mengalami perubahan semasa hamil. Pinggang ramping semakin menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Payudara semakin membesar, kira-kira dua kali ganda daripada biasa. Atas dasar inilah para ibu hamil perlu ambil berat tentangnya. Pastikan payu dara disokong sepenuhnya menggunakan coli yang sesuai. Ketika ini di sekitar puting payudara akan kelihatan beberapa benjolan kecil yang sebenarnya merupakan…

Susah Cari Pakaian Sesuai? Ini Tip & ...
Soal berpakaian tidak boleh dipandang remeh walaupun ketika hamil. Selain perlu tampil berkeyakinan dan bergaya, keselesaan juga perlu diberi keutamaan. Pakaian yang biasa digunakan sudah tidak lagi sesuai. Kini, hanya pakaian yang besar dan longgar padan dengan anda. Bagi yang bekerja, soal pakaian lebih memeningkan. Setiap pagi, banyak masa dihabiskan semata-mata untuk menentukan pakaian mana yang ingin dipakai. • Pakailah pakaian yang buat anda rasa selesa dan bukan yang menyakitkan. • Janganlah menganggap anda perlu memakai pakaian hamil seawal usia…