Dalam usia kandungan yang masih baru, simptom loya, tak larat, tiada selera makan akan membuatkan anda rasa cepat letih dan kurang bertenaga. Mungkin anda rasa kurang selera tetapi cuba juga untuk makan sikit-sikit ikut waktu makan.

Pastikan pengambilan makanan sihat seperti bayam (sumber folat), buah-buahan (sumber vitamin dan serat), dan susu (sumber kalsium) untuk menjaga tubuh anda dalam keadaan baik.

Selain menjaga pemakanan, aktiviti riadah santai juga boleh membantu anda untuk kekal bertenaga dan dapat kembali mood positif. Pasangan anda juga harus memberi sokongan dan membantu.