Perut anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai amatlah penting.
Pilihlah saiz pakaian dalam yang lebih besar saiznya daripada biasa. Berikan keselesaan yang maksimum kepada anda untuk bergerak dengan bebas.
Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.
Bagaimana pula dengan bayi anda di dalam kandungan? Bayi anda pula kini sudah boleh membuka matanya. Bukan itu sahaja malah dia juga kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda.
Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.
Artikel Berkaitan

Pilih Bersalin Di Mana? Anda Tentukan...
Sebelum bersalin, anda perlu memilih lokasi di mana anda mahu bersalin. Anda boleh memilih sama ada untuk bersalin di hospital kerajaan atau hospital swasta. Pilih seseorang yang boleh menemani anda ketika berada di dalam bilik bersalin. Mungkin suami, ibu, adik beradik atau sesiapa sahaja yang anda rasakan senang dan mampu membantu dan menemani di saat anda perlukan. Anda boleh membuat pilihan kaedah bersalin. Pilihan ini bergantung kehendak dan kemampuan anda. Antara pilihan yang diberikan adalah kelahiran secara normal, pembedahan atau…

Kawal Makanan Bergula & Garam, Elak R...
Ketika memasuki trimester ketiga, banyak kemungkinan berlaku. Pertama anak mungkin dilahirkan ketika masih belum cukup bulan. Kedua, anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kencing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal. Berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu: 1. Kawal makanan bergula, garam dan berkarbohidrat tinggi. Makan makanan yang berkhasiat dan lebihkan pengambilan protein dan serat khususnya sayur-sayuran hijau. Diet yang betul ini dapat…