Ibu mula rasa mengah bila berjalan pantas. Malah seluar atau kain anda pun sudah mula ketat. Tubuh anda cepat berpeluh dan rasa berlengas.

Pasti anda perasan akan perubahan fizikal yang dialami. Anda tidak perlu risau. Kesemua perubahan yang sedang berlaku dan akan berlaku adalah sesuatu yang normal bagi ibu hamil. Jangan dirisaukan pada perut yang membuncit atau pada payu dara yang membesar.

Kebanyakan perubahan yang dialami pasti dapat diatasi dan sepatutnya tidak meninggalkan kesan sampingan yang berpanjangan.

Namun yang demikian, anda perlu tahu faktor-faktor perubahan yang menyakitkan atau membuat anda rasa tidak selesa. Ini penting supaya memudahkan anda mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.