Sakit pada bahagian punggung akan mula dirasai kebanyakan ibu hamil tatkala kehamilan berusia 18 minggu ke atas. Semakin besar kandungan, makin kerap rasanya. Adakalanya kesakitan ini boleh mengundang air mata!

PENGEMBANGAN PELVIK

Apakah faktor penyebabnya dan bagaimana untuk melegakan rasa sakit ini?

Kadar denyutan jantung dan tekanan darah turut meningkat sehingga 30 peratus ketika hamil. Dan ketika itu, sejenis hormon yang dikenali sebagai relaxin mula dikeluarkan untuk membolehkan tulang pelvik mengembang.

Atas sebab inilah, senaman perlu diteruskan walaupun anda hamil. Bagaimana pun dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum melakukan sebarang jenis senaman.

 

DUA PUNCA SAKIT PUNGGUNG

Bagi ibu mungkin akan mula merasakan sakit di bahagian punggung. Jangan bimbang, ini hanya salah satu gejala kehamilan yang normal. Ada dua perkara yang biasanya menyebabkan keadaan ini;

  • Pertama, sepanjang kehamilan, sendi pinggul mula longgar untuk memudahkan bayi dilahirkan waktu bersalin kelak.
  • Kedua, perut akan lebih keras, sehingga mengurangkan kemampuan anda untuk menyeimbangkan diri.

Dengan dua keadaan ini tanpa disedari, ibu akan cenderung menolak bahu ke belakang, punggung dan leher tegak lurus ke atas dengan perut yang ditolak ke depan untuk mendapatkan keseimbangan yang lebih baik.

Hasilnya, punggung bawah terpaksa menahan terlalu lama, otot-otot punggung akan meregang dan terasa sakit. Inilah yang menyebabkan anda kerap mengalami sakit punggung sepanjang kehamilan.

 

3 TIP HADAPI SAKIT BAHAGIAN PUNGGUNG MASA HAMIL

Berikut adalah beberapa tip untuk mengelakkan sakit punggung sepanjang kehamilan:

  1. Elakkan duduk terlalu lama selama lebih dari satu jam tanpa berjalan atau tanpa meregangkan sendi dan otot. Sebaiknya ibu kena banyak bergerak lebih kurang setengah jam selepas duduk dalam tempoh yang agak lama untuk mengelakkan sakit punggung.
  2. Elakkan daripada berdiri terlalu lama. Jika anda melakukan pekerjaan yang perlu berdiri, gunakan bangku rendah untuk membantu meletakkan satu kaki dan mengurangkan tekanan pada punggung. Jika ibu harus berdiri di dapur untuk mencuci pinggan mangkuk atau memasak, berdirilah di atas karpet tebal dan halus untuk mengurangkan tekanan dari tubuh anda ke belakang.
  3. Elakkan daripada mengangkat objek berat. Jika terpaksa melakukannya, lakukanlah dengan perlahan-lahan. Anda harus berdiri dengan dua kaki untuk keseimbangan yang sangat baik, kemudian berlutut dan bukan membongkok untuk mengambil objek berat tersebut. Anda harus menggunakan sumber kekuatan dari lengan dan kaki daripada punggung. Jika anda mengangkat plastik mengandungi barang yang berat, bahagilah ia menjadi dua di kedua belah tangan agar seimbang.

PERGERAKAN JANIN MULA DIRASAI

Selain sakit belakang, pada minggu ke-18 anda juga sudah semakin dapat rasa pergerakan janin. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya.

Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.