Bukan semata-mata kerana hormon, tetapi posisi kepala bayi yang sudah masuk ke laluan untuk bersalin. Kelahiran yang semakin hampir dan kedudukan kepala bayi yang semakin menghimpit pintu rahim menyebabkan anda kurang kawalan terhadap pundi kencing. Ketika anda terbatuk, terbersin mahupun ketawa, ia mungkin boleh menyebabkan anda ‘terkucil’.

Untuk mengatasi masalah ini, amalkan senaman kegel. Ia dapat membantu untuk menguatkan otot-otot pelvik dan mengatasi masalah terkencing. Disarankan pada waktu ini untuk anda pakai panty liner.