Masuk sahaja minggu ke 32 ini anda boleh menetapkan minda anda untuk bersalin pada tempoh waktu terdekat. Usia lapan bulan kehamilan adalah waktu yang cukup mendebarkan ibu hamil.
Jika anda bekerja, mulakan cuti yang agak panjang sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal. Elakkan bekerja lebih masa atau kerja keras di hujung minggu. Set kan minda anda untuk berehat sebanyak mungkin sebelum menghadapi bulan terakhir kehamilan.
Tip santai yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:
1. Ambil cuti hujung minggu yang panjang untuk anda rehatkan badan sebaik mungkin.
2. Elakkan berjalan jauh atau travel yang memenatkan.
3. Menonton televisyen di rumah dengan pilihan program kesukaan anda dapat memberi ketenangan yang baik sepanjang detik ini.
4. Sesekali manjakan diri untuk ke salon dan berehat sebaik mungkin.
5. Positifkan diri dengan banyakkan membaca buku dan novel kegemaran.
6. Jangan lupakan dengan terapi jiwa seperti berzikir, selawat dan sebagainya.
Perkembangan bayi anda juga semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini.
Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.
Artikel Berkaitan

Bantu Diri Sendiri Ketika Kontraksi, ...
Persediaan menghadapi kontraksi memerlukan informasi yang lebih saat berdepan dengannya. Teknik pernafasan yang tepat antara yang disarankan saat berdepan dengan masalah kontraksi. Apa bakal ibu boleh lakukan adalah: 1. Terus bergerak ketika alami kontraksi. Selain dapat mengendalikan kesakitan dengan baik, cara ini dapat mengurangkan rasa gemuruh menanti kelahiran kelak. 2. Cuba berdiri setegak mungkin supaya kepala bayi berada tetap di atas serviks. Keadaan ini menjadikan kontraksi lebih kuat dan berkesan. 3. Tumpuan perlu juga diberikan kepada cara pernafasan. Caranya adalah…

Posisi Bersalin, Anda Pilih Yang Mana?
Latihan mengurangkan sakit ketika kontraksi kemudian diikuti dengan latihan posisi bersalin. Di Malaysia, ramai di kalangan ibu hamil melalui kaedah bersalin secara konvensional iaitu berbaring pada katil khas dan kaki dibuka luas. Namun terdapat juga beberapa kaedah yang boleh dicuba. Walaupun ia nampak janggal tetapi, sesetengah negara mempraktikkan posisi tersebut. 1. Duduk tegak Posisi ini adalah posisi popular di kalangan ibu hamil. Ia mudah. Anda hanya perlu duduk dengan kecondongan mengikut kehendak anda. Untuk lebih selesa, kecondongan itu diampu dengan…

Redakan Kontraksi Dengan Posisi Tepat...
Memasuki minggu ke 32, anda sudah boleh memilih dan mempraktikkan posisi bersalin. Latihan perlu dibuat terutama bagi ibu yang hamil anak sulung. Mengenali posisi ini dapat membantu anda terutama apabila tiba masa untuk bersalin. Tidak akan timbul masalah “tak tahu,” dan “tak bersedia.” Yang penting, persediaan awal ini boleh mengurangkan rasa gementar bila berada di bilik bersalin. Lazimnya, kontraksi boleh berlaku dan berlanjutan sehingga 7 hingga 8 jam. Ada juga yang mengalami masalah tersebut sehingga setengah hari dan lebih. Oleh…