Diet sihat yang seimbang adalah penting untuk tubuh anda berada dalam keadaan sihat begitu juga dengan bayi yang bakal anda kandung. Semua makanan yang anda makan, akan menjadi makanan untuknya juga. Dan bahan yang anda simpan sebelum kehamilan adalah penting untuk perkembangan awal sewaktu organ utama terbentuk. Antara zat yang penting ialah:
a. Asid folik
Asid folik, salah satu unsur daripada vitamin B membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir. Adalah dicadangkan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil agar meningkatkan pengambilan harian asid folik kepada 0.6 mg dengan mengambil 0.4 mg tambahan sebelum hamil dan ketika 12 minggu awal kehamilan. Inilah waktunya organ dan sistem badan bayi anda terbentuk.
Jika anda mengalami sawan, dan mengambil ubat untuk mengawal epilepsi anda perlu berbincang dengan doktor sebelum anda mengambil asid folik. Sekiranya wanita tidak mengambil asid folik beberapa bulan sebelum dia hamil, doktor akan memberinya asid folik seawal enam minggu usia kandungan. Peringkat tersebut yang dikenali sebagai organo genesis amat penting kerana ketika inilah peringkat pertumbuhan organ-organ bayi berlaku.
b. Zat besi
Seperti yang kita sedia maklum zat besi amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Bagi wanita hamil, zat besi lebih banyak diperlukan kerana jumlah hemoglobin meningkat ketika itu terutamanya pada dua trimester terakhir. Selain daripada sumber makanan semula jadi seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe, wanita boleh mendapatkan bahan ini melalui vitamin tambahan.
c. Kalsium
Kalsium boleh didapati daripada sumber susu, hasil tenusu dan keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh bakal ibu untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi. Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kehamilan terutama pada trimester ketiga.
Berdasarkan kajian tekanan darah tinggi, kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil.
d. DHA
Pada masa kini kepentingan DHA sering diperkatakan oleh pakar-pakar perubatan dan pemakanan. Menurut kajian yang dilakukan, DHA dikatakan memainkan peranan yang besar terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.
Sumber vitamin ini boleh diberikan menerusi tiga cara iaitu mengambil vitamin tambahan sewaktu hamil, sewaktu menyusu susu badan dan susu formula bayi yang telah diperkayakan dengan DHA yang terdapat dalam bentuk Omega 3, 6 dan 9.
RISIKO KURANG ASID FOLIK & ZAT BESI
Bayi kurang berat
Apabila tahap hemoglobin rendah, kapasiti darah untuk membekalkan oksigen pada anak akan berkurangan. Secara tidak langsung, tumbesaran anak di dalam rahim akan terencat. Bayi akan dilahirkan dengan berat di bawah 2.5 kg walau pun sudah cukup bulan.
Ibu lebih letih
Tahap hemoglobin yang rendah boleh menyebabkan ibu mendapat gejala letih lesu, tumpah darah sewaktu hamil, pitam dan kegagalan fungsi jantung kerana jantung tetap mengepam dengan pantas walau pun bekalan oksigen kurang.
Artikel Berkaitan

Masalah Sakit Belakang, Keputihan, Ke...
Apabila perut makin besar, ibu akan mula rasa perubahan pada tubuh. Jangan bimbang ia adalah perkara biasa. Keadaan ini akan berterusan sehingga beberapa bulan. Cuma anda kena tahu cara untuk mengatasinya dan cuba dapatkan nasihat doktor. SAKIT BELAKANG Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja sepanjang kehamilan anda. Biasanya anda akan mengalami sakit belakang akibat daripada bebanan kandungan yang terpaksa ditanggung. Ketika duduk, berat bayi dalam kandungan membuatkan anda bersandar yang kadang kala memberi tekanan pada otot dan sendi…

Letih Melampau Awal Kehamilan, Lakuka...
Jangan memaksa diri. Jika anda berasa letih, ini bermakna anda perlu berehat. Ringankan beban anda dan sedarilah tanda-tanda yang ditunjukkan badan anda. Jangan cuba untuk memaksa diri. Meminta bantuan Anda tidak perlu cuba menjadi bakal ibu yang hebat. Biarkan pasangan anda tahu perasaan anda, supaya dia boleh membantu menyokong anda. Jika rakan-rakan atau keluarga anda ingin membantu, terimalah bantuan mereka! Menerima bantuan orang lain membolehkan anda menyimpan tenaga untuk perkara lain. Dapatkan tidur yang mencukupi Jika anda sentiasa mengantuk, cuba…

Kuasa Tuhan, Proses Pembentukan Janin...
Perjalanan benih lelaki ke telur wanita merupakan satu fenomena yang unik dan mengasyikkan. Ketahuilah tentang kejadian “buah cinta” anda berdua ini. SEPANJANG kehamilan, bayi akan berkembang daripada satu sel sehingga menjadi janin yang kelihatan seperti bentuk manusia dan seterusnya lahir sebagai bayi yang comel dan sihat. Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjang minggu-minggu ini. Ketahui fakta-fakta menarik tentang minggu-minggu pertama kehamilan anda. SPERMA Pengeluaran sperma atau air mani ditentukan oleh testis. Jika testis berukuran baik dan sempurna, setiap pancutan air…

Kaki Mulai 'Bengkak', Keputihan Juga ...
Anda sudah mulai tidak larat dan mudah letih. Perut juga semakin memberat. Sesekali ketika tidur, anda mungkin mengalami mimpi dan akan menjadi mudah terkejut. Perhatikan jika keputihan semakin banyak, rujuklah masalah kepada doktor. Tetapi jika keputihan disertai dengan darah, ia mungkin menjadi petanda anda hampir melahirkan. Kaki semkain membengkak dan mungkin juga muka turut nampak ‘tembam’.