Masuk minggu ke-12 kandungan, ada ibu yang mula risau dengan pertambahan berat. Jika bimbang tentang berat badan anda, bincanglah dengan doktor. Jika asyik rasa bimbang akan keadaan anda dan bayi ia boleh jejaskan kesihatan.

Doktor boleh membantu atau mencadangkan anda. Jika anda tidak bertambah berat badan dengan mencukupi, ini mungkin berbahaya untuk bayi anda. Adalah penting untuk pastikan peningkatan berat badan pada kadar yang stabil untuk membekalkan nutrien yang mencukupi kepada bayi anda.

Dalam tempoh ini, baby bump akan mula kelihatan. Ini bermakna bayi anda berkembang dengan normal mengikut usia kandungan anda. Baby bump anda yang semakin kelihatan juga bermakna saiz rahim anda semakin membesar.

Bagaimanapun jika anda terlalu risau berat badan naik dengan cepat, lakukan senaman ringan seperti senaman pelvik dan kegel dan berenang untuk mengelakkan berat badan baru anda ini memberatkan saraf.