Pada trimester awal, sebahagian daripada anda sering muntah dan loya. Keadaan ini dikenali sebagai morning sickness.
Morning sickness biasanya “menyerang” hampir 80 peratus wanita hamil. Masalah ini dipercayai berpunca daripada beberapa faktor. Hal ini termasuklah perubahan fisiologi, tahap hormon yang tinggi, alahan kepada bau-bau tertentu dan sebagainya.
Biasanya anda mudah rasa loya dan muntah di pagi hari. Namun ada juga segelintir daripada anda akan berkeadaan sebegini sepanjang hari. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang! Morning sickness yang anda alami akan berakhir setelah usia kandungan meningkat. Pada trimester kedua (bulan keempat), kebanyakan wanita hamil tidak lagi mengalami morning sickness.
Ada wanita yang sering bertanya adakah masalah ini akan menjejaskan kandungan. Untuk pengetahuan anda, simptom yang dialami sama sekali tidak akan mengganggu kandungan anda. Namun yang demikian, morning sickness hanya akan menjadi masalah besar jika kandungan air dalam badan berkurangan ditambah pula dengan berat badan yang turun mendadak.
Panduan melegakan simptom morning sickness:
1. Makan dalam jumlah yang sedikit setiap dua atau tiga jam.
2. Elak makanan yang kaya dengan lemak.
3. Makan lebih banyak karbohidrat.
4. Makanlah makanan yang masam untuk menghilangkan rasa loya.
5. Elakkan diri daripada bau yang kurang menyenangkan.
6. Jika anda perlu berdiri, cuba bangun perlahan-lahan.
7. Hindari daripada tabiat berbaring selepas makan.
8. Jika perlu, beritahu pada doktor yang merawat anda tentang simptom yang dialami dan kesannya terhadap diri anda. Doktor tersebut akan memberikan ubat-ubatan yang sesuai dan selamat untuk diambil oleh ibu hamil.
9. Vitamin yang mengandungi zat besi yang diberikan oleh doktor kadang kala boleh menyebabkan anda berkeadaan sedemikian. Jadi, beritahu doktor tentang alahan yang dialami agar beliau dapat menukarkan vitamin berkenaan dengan vitamin lain.
10. Anda juga boleh cuba petua ini. Pakailah jaket keselamatan yang biasa dipakai ketika menaiki bot. Antara kelebihan jaket tersebut ialah dapat mengelakkan diri daripada mabuk laut. Mungkin jaket tersebut berguna untuk anda.
Artikel Berkaitan

Elak Muntah Minum Air Gula, Cuba 5 Ti...
Prosedur pemeriksaan gula dalam darah atau lebih biasa disebut ‘minum air gula’ oleh para ibu. Ramai yang bimbang melaluinya kerana takut termuntah! Mungkin bagi sesetengah ibu ia adalah perkara biasa. Namun ada juga yang menghadapi masalah untuk menghabiskannya. Terutama sekali apabila masih dalam keadaan alahan atau morning sickness. Apa sahaja yang masuk mudah dimuntahkan! Menurutnya, para ibu yang dikehendaki melalui prosedur Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) perlu berpuasa sekurang-kurangnya lapan jam sebelum prosedur. Sekiranya ibu berasa terlampau haus, air kosong dibenarkan untuk membasahkan…

Payudara Membengkak & Rahim Makin Mem...
Anda mungkin menyedari perubahan payudara anda. Hormon kehamilan kebiasaannya menyebabkan payudara anda membengkak dan menjadi lembut. Ini disebabkan peningkatan dalam aliran darah ke kawasan payudara dan juga pembentukan lemak. Anda juga akan mendapati puting anda semakin keluar dan kawasan gelap yang dikenali sebagai areola anda, mungkin akan kelihatan lebih gelap dan lebih besar. Ia akan berterusan menjadi semakin gelap dan besar sepanjang tempoh kehamilan. Semua perubahan ini adalah untuk menyediakan payudara untuk penyusuan. Ketika dalam trimester pertama, anda mungkin merasa…

Elak Menghadap Komputer Terlalu Lama ...
Sebaik sahaja tahu diri anda hamil, mama perlu berwaspada untuk mengelakkan pelbagai masalah pada kandungan. Anda mungkin mengalami pelbagai kebimbangan tentang kesihatan dan keselamatan anda dan bayi. Antaranya ialah dua perkara ini, jangan dianggap remeh. Ia perlu dititikberatkan. PENGGUNAAN KOMPUTER BERLEBIHAN Apabila pekerjaan anda memerlukan anda menghadap komputer sepanjang hari, anda mungkin bimbang tentang kemungkinan kesan bahaya kepada anda dan bayi anda. Selama bertahun-tahun, ada pendapat yang mengaitkan penggunaan komputer dalam wanita hamil untuk jangka masa panjang dan keguguran. …