Masuk sahaja minggu ke-21 kehamilan, ibu-ibu mula berhadapan dengan beberapa masalah kesihatan. Antara yang sering mengganggu ialah masalah pedih ulu hati, insomnia, ruam, bengkak-bengkak pada bahagian tertentu badan dan keletihan.
Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.
Ada sesetengah ibu akan mengalami stretch marks atau kulit meregang di bahagian perut dan paha. Bahkan perubahan kulit wajah juga mungkin berlaku hingga mengakibatkan jerawat teruk, gelungan hitam di leher atau kulit wajah semakin gelap.
Rahim kamu semakin melebar, sekarang posisinya 1,25 cm di atas pusar. Keadaan di trimester dua pasti lebih baik jika dibandingkan trimester pertama. Mual sudah tidak terasa lagi biasanya, pada kehamilan minggu ke-21 ini.
Perubahan bentuk tubuh yang semakin nampak perut membuatkan ramai yang tahu anda kini berbadan dua.
Sekiranya ibu sentiasa mengamalkan pemakanan sihat, wajah yang pucat akibat morning sicknes turut perlahan-lahan menghilang. Rona wajah ibu hamil kelihatan semakin berseri dan bersemangat.
Sekeliling kawasani pipi dan dagu mungkin tambah berisi. Ini akan menampakkan aura kebahagiaan terpancar dari dalam diri ibu hamil.
Artikel Berkaitan

Pedih Ulu Hati, Insomnia, Ruam Dan Be...
Rasa sakit dan tidak selesa ketika hamil adalah perkara biasa. Semua itu terjadi akibat perubahan hormone. Tetapi ibu perlulah ambil berat terhadap beberapa simptomnya. Masuk sahaja minggu 21 kehamilan, ibu-ibu mula berhadapan dengan beberapa masalah kesihatan. Antara yang sering mengganggu ialah masalah pedih ulu hati, insomnia, ruam, bengkak-bengkak pada bahagian tertentu badan dan keletihan. PEDIH ULU HATI : Ibu hamil yang berhadapan dengan masalah pedih ulu hati akan rasa sakit kuat pada bahagian tengah dada. Masalah ini semakin kerap…

Trimester Kedua, Makanan Yang Mama Wa...
Ibu hamil mesti mendapat khasiat makanan yang cukup pada trimester kedua seperti berikut. 1. Vitamin D Vitamin D diperlukan ibu pada kehamilan trimester kedua untuk membantu membentuk tulang dan gigi bayi yang sedang membesar. Keperluan vitamin D yang disarankan sepanjang kehamilan trimester kedua adalah 15 mcg sehari. Sebenarnya badan dapat menhasilkan vitamin D sendiri dari sinaran matahari. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan anda untuk berjemur di bawah sinaran matahari sekurang-kurangnya 5 hingga 15 minit untuk dua hingga tiga kali seminggu…

Persiapan Menyusukan Bayi- Apa Yang M...
Meskipun masih beberapa bulan sebelum anda bersalin, payudara sudah mula menghasilkan susu ibu. Seawal minggu ke-21 mungkin saluran susu pada payudara tersumbat dan menimbulkan gejala berupa benjolan keras, kemerahan, dan lembut ketika dada disentuh. Jangan risau kerana ia perkara normal yang berlaku di awal kehamilan terutama apabila usia kandungan sudah masuk enam bulan dan selepas kehamilan berakhir. Gunakan tuala hangat dan urut lembut payudara untuk melancarkan saluran susu. Pakar perubatan menyarankan ibu hamil mengelakkan daripada memakai bra berdawai bagi mengurangkan…