Rajin jalan kaki ketika hamil bukan hanya membantu mengekalkan kecergasan tetapi juga bagus untuk bayi dalam kandungan.
1.Mengurangkan masalah varicose vein
Varicose vein muncul di bahagian kaki menyebabkan rasa sengal dan pedih terutama apabila sepanjang hari tersebut ibu melakukan banyak aktiviti atau berdiri terlalu lama.
Rutin berjalan kaki sepanjang kehamilan membantu mengurangkan masalah pembengkakan yang terjadi akibat varicose vein, sehingga tidak kelihatan lagi pembuluh darah vena yang menonjol di kawasan betis.
2.Melancarkan penghadaman
Jalan kaki termasuk senaman kardio yang melancarkan sistem penghadaman. Bagi ibu hamil, kelebihan ini dapat mengurangkan masalah mual dan muntah ketika hamil hingga diare atau sembelit.
Penghadaman yang lancar turut membantu badan lebih cepat menyerap nutrisi dan mengubah makanan menjadi tenaga, serta menurunkan resistensi insulin yang boleh mencetuskan perkembangan diabetes.
3.Menurunkan risiko diabetes gestasional
Diabetes gestasional adalah komplikasi kehamilan yang kerap berlaku di kalangan ibu hamil. Gula dalam darah yang dibiarkan tinggi sepanjang kehamilan akan meningkatkan risiko ibu melahirkan bayi pramatang serta memiliki bayi obesiti.
4.Menurunkan risiko praeklampsia
Jalan kaki membantu mengawal berat badan yang idea dan mengurangkan kolesterol, sehingga menyeimbangkan paras tekanan darah sepanjang hamil. Ia dapat mengelakkan ibu daripada risiko melahirkan bayi pramatang akibat masalah praeklampsia.
5.Memudahkan proses bersalin
Rajin jalan kaki waktu hamil akan menguatkan otot paha, betis, hingga otot-otot pinggul. Ini sangat bagus untuk mewujudkan proses bersalin yang lebih cepat dan mudah. Anda jadi tidak perlu menunggu lama untuk kontraksi, dan tidak mengalami kesukaran waktu meneran bayi.
Artikel Berkaitan

Mula Merasai Kehadiran Si Manja
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat. Ibu juga semakin kerap buang air kecil kerana rahim berada betul-betul di atas pundi kencing. Ada ibu hamil juga mungkin mengalami masalah gusi atau hidung berdarah. Untuk mengelakkannya pastikan ibu amalkan kebersihan yang betul ini disebabkan hormone ibu semakin aktif, gusi akan…

Bahaya Preeklampsia Bagi Ibu Hamil Da...
Preeklampsia adalah keadaan yang berlaku pada kehamilan yang masuk minggu ke-20. Keadaan ini dikesan dengan dengan tingginya bacaan tekanan darah walaupun ibu hamil tersebut tidak mempunyai sejarah hipertensi. Preeklampsia adalah salah satu daripada punca kematian utama para ibu di negara-negara membangun. Ia turut memberi kesan pada perkembangan bayi dalam kandungan. Ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi waktu hamil berisiko lebih tinggi untuk mengalami komplikasi kehamilan, kelahiran, dan ketika dalam pantang. Kesan praeklampsia juga mempengaruhi fungsi buah pinggang ibu. Selain itu,…

5 Tanda Preeklampsia Pada Ibu Hamil
Berikut antara tanda preeklampsia pada ibu hamil yang perlu diperhatikan: 1.Tekanan darah tinggi Tanda preeklampsia ini biasanya paling umum dan mudah dikesan. Keadaan ini dikesan dengan bacaan tekanan darah mencecah 140/90 bahkan lebih. Jika keadaan ini terjadi di minggu ke-20 kehamilan dan ibu tiada sejarah darah tinggi, maka kena buat pemeriksaan lanjut. 2.Adanya protein di dalam air kencing Proteinuria atau kewujudan protein di dalam air kencing juga biasanya menunjukkan keadaan preeklampsia. Ini kerana, preeklampsia boleh merosakkan buah pinggang yang berfungsi…