Jangan memaksa diri. Jika anda berasa letih, ini bermakna anda perlu berehat. Ringankan beban anda dan sedarilah tanda-tanda yang ditunjukkan badan anda. Jangan cuba untuk memaksa diri.
Meminta bantuan
Anda tidak perlu cuba menjadi bakal ibu yang hebat. Biarkan pasangan anda tahu perasaan anda, supaya dia boleh membantu menyokong anda. Jika rakan-rakan atau keluarga anda ingin membantu, terimalah bantuan mereka! Menerima bantuan orang lain membolehkan anda menyimpan tenaga untuk perkara lain.
Dapatkan tidur yang mencukupi
Jika anda sentiasa mengantuk, cuba dapatkan tidur yang mencukupi. Jika boleh, masuk tidur lebih awal, atau bangun lebih lewat, atau kedua-duanya sekali.
Makan dengan betul
Untuk meningkatkan tenaga, anda memerlukan bekalan tenaga yang berterusan daripada makanan. Ikut diet kehamilan dengan memberi tumpuan kepada makanan pembekal tenaga jangka masa panjang, seperti protein dan karbohidrat kompleks. Pastikan juga anda mendapat kalori yang mencukupi. Rasa loya anda mungkin mengganggu selera makan jadi penting untuk mendapatkan makanan yang boleh anda hadam seperti bubur dan sup labu. Menambah sedikit halia juga boleh membantu mengelakkan rasa loya anda.
Makan dengan kerap
Keletihan anda boleh ditangani dengan memakan 6 hidangan kecil sehari. Memastikan kadar gula dalam darah sentiasa mencukupi boleh membantu menstabilkan tenaga anda. Cari makanan ringan yang sihat yang boleh memberikan tenaga kepada anda.
Banyakkan bergerak
Anda mungkin merasa mahu berbaring di atas sofa sepanjang hari tetapi adalah lebih baik untuk mencari rutin senaman yang boleh meningkatkan tenaga. Contohnya, berjalan kaki di kawasan sekitar atau berenang 30 minit pada waktu pagi. Ini akan membuat anda rasa bertenaga dan membantu anda tidur lebih baik pada waktu malam.
Jika keletihan anda tidak bertambah baik atau menjadi lebih teruk, sila berjumpa dengan doktor. Mungkin terdapat punca lain untuk keletihan anda. Doktor anda boleh memberikan diagnosis yang betul.
Artikel Berkaitan

Kaki Mulai 'Bengkak', Keputihan Juga ...
Anda sudah mulai tidak larat dan mudah letih. Perut juga semakin memberat. Sesekali ketika tidur, anda mungkin mengalami mimpi dan akan menjadi mudah terkejut. Perhatikan jika keputihan semakin banyak, rujuklah masalah kepada doktor. Tetapi jika keputihan disertai dengan darah, ia mungkin menjadi petanda anda hampir melahirkan. Kaki semkain membengkak dan mungkin juga muka turut nampak ‘tembam’.

Nak Bayi Sihat & Kehamilan Lancar, Ib...
Diet sihat yang seimbang adalah penting untuk tubuh anda berada dalam keadaan sihat begitu juga dengan bayi yang bakal anda kandung. Semua makanan yang anda makan, akan menjadi makanan untuknya juga. Dan bahan yang anda simpan sebelum kehamilan adalah penting untuk perkembangan awal sewaktu organ utama terbentuk. Antara zat yang penting ialah: a. Asid folik Asid folik, salah satu unsur daripada vitamin B membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir. Adalah dicadangkan kepada…

Kuasa Tuhan, Proses Pembentukan Janin...
Perjalanan benih lelaki ke telur wanita merupakan satu fenomena yang unik dan mengasyikkan. Ketahuilah tentang kejadian “buah cinta” anda berdua ini. SEPANJANG kehamilan, bayi akan berkembang daripada satu sel sehingga menjadi janin yang kelihatan seperti bentuk manusia dan seterusnya lahir sebagai bayi yang comel dan sihat. Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjang minggu-minggu ini. Ketahui fakta-fakta menarik tentang minggu-minggu pertama kehamilan anda. SPERMA Pengeluaran sperma atau air mani ditentukan oleh testis. Jika testis berukuran baik dan sempurna, setiap pancutan air…

Kaki Dah Mula Membengkak, Kena Pakai ...
Perut anda selalu kembung dan bergas. Kerisauan akan menyebabkan masalah kembung perut ini bertambah teruk. Selain itu, anda mungkin juga akan mengalami sembelit. Banyakkan pengambilan buah-buahan kering dan segar serta sayur. Tambahkan juga menu bijirin penuh dalam diet anda. Sebelum mengambil sebarang ubat untuk merawat sembelit, sila rujuk masalah anda kepada doktor. Seperti mana kandungan anda semakin membesar, anda akan mendapati masalah keputihan juga semakin meningkat. Hormon kehamilan iaitu estrogen meningkatkan aliran darah ke kawasan pelvik dan mengaktifkan membran mukus.…