Ada juga ibu yang mengalami keluarga lelehan vagina pada awal kehamilan. Ia dipanggil leukorrhea iaitu sejenis cairan berwarna putih. Sekiranya ia didapati pada ibu pada sekitar tarikh melepasi kitaran haid, ia kemungkinan tanda kehamilan. Bagaimana pun lelehan ini juga turut dialami oleh wanita yang tidak hamil.

Keadaan ini juga selalunya akan berlanjutan sepanjang kehamilan. Cairan keputihan ini biasanya cenderung keluar dalam kuantiti banyak pada trimester akhir kehamilan.

Meski begitu, tidak semua wanita hamil akan mengalami keputihan. Ada beberapa ibu hamil yang mengalami keputihan dalam jumlah lebih banyak dibandingkan sebelum dirinya hamil, ada pula yang tidak.

Lelehan yang tidak berbahaya ini akan terus keluar ketika kehamilan dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Namun jika lelehan tersebut berbau busuk, berwarna selain putih, dan menyebabkan rasa sakit dan gatal, segera berhubung dengan doktor untuk memeriksa sama ada anda diserang infeksi yis atau bakteria.