Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

 

Anda juga lebih cenderung untuk merasa panas pada waktu ini. Bersabarlah sekiranya anda sukar untuk tidur bahkan ada masanya anda akan mengalami kekejangan kaki. Pedih ulu hati juga akan menjadi perkara biasa pada usia kandungan ini. Pun begitu, anda pasti seronok kerana pada ketika ini anda sudah mula merasai pergerakan janin yang kuat.

Perhatikan jika kuku mulai rapuh akibat perubahan hormon. Anda juga mungkin akan merasa sakit pada perut dan pangkal paha. Sesekali, anda mungkin mengalami sesak nafas dan mudah lupa.