Pada minggu ke-18 kehamilan, ibu perlu mengawal diet yang diambil.

Oleh kerana ibu hamil kerap mengidam makanan tertentu ketika minggu kehamilan ini, cuba elakkan daripada makan terlalu kerap makanan pedas dan berempah. Ini kerana anda berisiko untuk mengalami sakit perut jika terlalu kerap makan makanan pedas kerana sistem penghadaman yang kurang efisien akibat perubahan hormone dalam badan.

Elakkan daripada makan terlalu banyak makanan laut terutama yang belum dimasak. Ini kerana ada sesetengah makanan laut mengandungi asid beracun termasuk merkuri yang boleh memberi kesan pada perkembangan bayi dalam kandungan.

Sekiranya ibu mempunyai masalah asma atau berkaitan pernafasan terutama ketika sedang melakukan sebarang senaman ringan, sila hentikan serta merta aktiviti tersebut. Bagi ibu bekerja juga perlu mengambil kira faktor kesihatan, elakkan daripada mengalami stres keterlaluan atau bekerja tanpa rehat kerana ia bukan sahaja memberi kesan pada tahap kesihatan ibu bahkan bayi dalam kandungan.