Setelah semua usaha dijalankan, namun belum berhasil atau masih tidak mendapat keputusan positif dengan tepat, di sinilah kita perlu kembali menyerahnya kepada Allah.

Allah yang menjadikan segala sesuatu. Tidak putus asa untuk terus berusaha dan berdoa. Dalam hal ini contohilah Nabi Zakaria yang sentiasa berdoa untuk mendapatkan zuriat, walaupun dirinya sudah tua dan isterinya pula mandul.

Doa Nabi Zakaria:

“Ya Tuhanku, berilah aku di sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Ali-Imran 38).

Allah telah memperkenankan doa Nabi Zakaria dan menggembirakan hatinya dengan kelahiran seorang putera iaitu Nabi Yahya. Berita gembira ini menyebabkan Nabi Zakaria sungguh hairan dan tidak menyangka sama sekali yang akan mendapat anak, lantas baginda berkata:

“Ya Tuhanku, bagaimana aku boleh mendapat anak sedang aku telah sangat tua dan isteriku pun seorang yang mandul?” Allah berfirman: “Demikianlah, Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya.” (Surah Ali-Imran 40).

Begitulah kuasa Allah dalam menentukan sesuatu kepada manusia. Tidak ada yang mustahil bila Allah ingin menciptanya. Terpulanglah kepada kita sendiri untuk terus meyakini dan meminta kepada Allah.