Kedudukan tidur sepanjang hamil juga memberi kesan pada kesihatan bakal ibu. Tidur meniarap , terlentang atau mengiring ke kanan dikatakan kurang bagus untuk ibu hamil. Ramai pakar perubatan menyarankan mereka tidur mengiring ke sebelah kiri.
Tidur mengiring ke sebelah kanan boleh menekan pembuluh vena cava inferior (IVC) yang berada di sebelah kanan tulang belakang. Pembuluh vena cava inferior bertanggung jawab untuk mengalirkan darah dari kaki kembali ke jantung.
IVC yang tertekan membuat darah tidak boleh mengalir lancar sehingga bekalan oksigen serta makanan untuk ibu dan janin tidak optimal. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah tekanan darah, pernafasan, dan kematian. Posisi tidur ini sangat berisiko sekiranya dilakukan wanita hamil yang mempunyai masalah asma atau sleep apnea.
Satu kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Obstetrics and Gynecology (BJOG) menunjukkan ibu hamil yang tidur telentang 2,3 kali lebih mungkin mengalami bayi still birth (bayi mati dalam kandungan).
Jadi, ibu hamil boleh bertukar kedudukan tidur mengiring ke kiri kerana ia lebih selesa dan mengelakan masalah kejang ketika bangun daripda tidur akibat posisi tidur yang sama pada waktu yang panjang.
Artikel Berkaitan

Tiada Selera Ketika Hamil? Boleh Amal...
Ada sesetengah ibu hamil mempunyai masalah tiada selera makan. Sudah tentu ia tidak boleh dibiarkan kerana nutrisi makanan ibu penting untuk membekalkan khasiat kepada bayi dalam kandungan untuk membesar. Biasanya masalah tiada selera makan dihadapi oleh ibu yang mengalami mual dan muntah teruk pada trimester awal kehamilan akibat perubahan hormon dalam badan. Sekiranya ada yang berhadapan masalah ini anda boleh pilih jenis makanan berikut yang tetap dapat membekalkan tenaga dan khasiat kepada diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Yogurt Buah-buahan…

Rehat Penting Untuk Ibu Hamil. Jom Te...
Tenang ketika berhadapan dengan masalah sangat penting. Oleh itu, lengkapkan diri dengan ilmu merehatkan badan. KETIKA hamil sangat penting untuk seseorang ibu itu sentiasa rasa tenang sama ada pada mental mahupun fizikal. Mengetahui cara untuk bertenang ada banyak kebaikannya terutama semasa berhadapan dengan proses kelahiran. REHAT UNTUK FIZIKAL Mulakan dengan membuatkan diri rasa selesa dan pastikan seluruh tubuh anda turut serta rasai keselesaan itu. Kemudian tumpukan perhatian anda pada satu-satu bahagian badan. Bermula dengan ibu jari kaki hinggalah…